Thursday, November 29, 2018

Mampukah kita kekal hebat walaupun beralih posisi?


[NOTA RINGKAS] Mampukah kita kekal hebat walaupun beralih posisi?
.
Pada bulan April 2018, Maradona meninggalkan Kelab Fujairah. Ia adalah kelab kelima di mana Maradona bekerja sebagai Pengurus. Kesemuanya tidak berjaya menyerlahkan dirinya sebagai seorang Pengurus yang hebat.
.
Maradona adalah seorang bintang bolasepak tersohor dunia. Namun, apabila beliau beralih kerjaya sebagai Jurulatih dan kemudiannya Pengurus, kegemilangannya merudum.

WhatCulture.com membuat komentar seperti berikut:
"Some of the very greatest and most intelligent of footballers have failed at managerial level - lots of them were seen as ideal for the position but it never worked out. Obviously there are a million differences from being a player to a manager and it is a transition most struggle with, especially the younger ones who rush straight from playing into management without honing their talent coaching in a variety of places."

"Sebahagian pemain bolasepak yang hebat dan pintar gagal pada peringkat pengurusan - kebanyakan mereka pada awalnya dilihat cocok dengan tugas itu (pengurusan) tetapi hal itu tidak berlaku. Ternyata terdapat berjuta perbezaan di antara peranan sebagai pemain dan pengurus dan peralihan inilah yang mencabar bagi mereka terutamanya golongan muda yang bergegas dari kerjaya pemain terus ke kerjaya pengurusan tanpa memupuk bakat mereka di pelbagai peringkat terlebih dahulu"

FB: https://www.facebook.com/NotaRingkas/photos/a.1645987205695909/1941393742821919/
.
Rujukan:
http://whatculture.com/sport/10-great-footballers-who-made-terrible-managers

http://bleacherreport.com/articles/1763404-maradona-gazza-and-other-footballers-who-failed-as-managers/page/6

http://realsport101.com/5-players-who-failed-as-managers/
.
Sebab kenapa mengapa bisnes perniagaan usahawan bisnis gagal

Monday, November 19, 2018

Bagaimana Mereka Tahu Personaliti Yang Punyai Banyak 'Fake Followers'

Kecoh baru2 ini apabila pihak tertentu mendedahkan ada artis dan ahli politik punyai ramai 'Fake Followers'

.

Bagaimana Mereka Tahu Personaliti Yang Punyai Banyak 'Fake Followers'

.
Pihak yang membuat pendedahan ini mendakwa bahawa mereka hanya menggunakan alat online percuma untuk menyingkap maklumat ini.

Di kalangan artis ini pula ada yang membantah pendedahan maklumat itu. Bukan 'Fake Followers' tapi 'Bad Followers', kata Neelofa.

Soalnya, apakah alat online yang telah digunakan oleh pihak berkaitan?

Nama alat itu ialah IG Audit.

Anda juga boleh mencuba IG Audit ini...

1) Layari lawan web https://igaudit.io/

2) Masukkan ID bagi pengguna Instagram yang anda mahu semak.

Saya juga telah cuba menyemak ID saya sendiri. Sebenarnya saya tidak aktif menggunakan Instagram kerana sibuk dengan programming. Akaun Instagram saya cuma pernah aktif dari 30 hb November 2017 hingga 15 hb Januari 2018.

Saya masukkan ID tersebut dalam kotak carian IG Audit dan inilah hasilnya...


IG Audit melaporkan bahawa saya mempunyai hanya 78.03% Real Followers. Jumlah semua Follower bagi akaun saya adalah 152 ie bermakna 33 orang daripadanya adalah Fake! Entah betul atau tidak penemuan ini, kerana saya sendiripun tidak pernah menyemak setiap Follower saya.

Jika saya semak nama2 artis dan ahli politik di atas, saya turut mendapat nilai peratus sekitar 70%++ juga.

Jadi saya tidak pasti samada IG Audit ini sememangnya memberikan keputusan 70%++ kepada semua hasil cariannya atau secara kebetulan saya punyai ratio Fake Followers yang sama dengan selebriti!

.
Sumber:
https://www.nst.com.my/lifestyle/groove/2018/10/427040/showbiz-whats-his-motive-%E2%80%94-neelofa-questions-fake-followers-survey

Maksud ICERD


.

ICERD: Isu sensitif tangani dengan sensitif

.

Apa itu ICERD?


ICERD adalah singkatan kepada International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination atau Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Kaum.

ICERD adalah satu instrumen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkenaan hak asasi manusia. Ia berkuat-kuasa ke atas negara-negara yang meraktifikasinya untuk menghapus semua bentuk diskriminasi kaum tertakluk kepada apa-apa pengecualian yang dibuat negara berkenaan bab-bab tertentu.

Dalam konvensyen ini, istilah 'diskriminasi kaum' bermaksud sebarang perbezaan, pengecualian, sekatan atau keutamaan berdasarkan bangsa, warna, keturunan, atau asal-usul kebangsaan atau etnik yang mempunyai maksud atau kesan membatalkan atau merosakkan pengktirafan, penikmatan dan penggunaan, atas asas yang sama, hak asasi manusia.

Malaysia adalah salah satu daripada 15 negara yang belum lagi meratifikasikan ICERD. Kerajaan sedang mengkaji implikasinya sebelum membuat keputusan. Polemik dan debat keputusan yang wajar berkenaannya sedang hangat dibicara sekarang.

Pandangan  berbeza


Mantan Ketua Hakim Negaram, Tun Abdul Hamid Mohamad  tidak bersetuju dengan usaha kerajaan untuk meratifikasikan konvensyen tersebut kerana bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan akan menyebabkan hak istimewa orang Melayu dan anak-anak negeri Sabah dan Sarawak di bawah Artikel 153 akan terhapus.

Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki juga berpandangan bahawa ICERD jelas bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan tentang hak istimewa orang-orang Melayu, Bumiputera, kedudukan agama Islam dan institusi Raja-Raja Melayu.

Mengikutnya cadangan ratifikasi ICERD boleh dilihat sebagai langkah pihak-pihak tertentu yang dominan dalam Kerajaan PH untuk menghakis asas utama dalam Perlembagaan Persekutuan dan menjadi satu ancaman kepada kedaulatan negara.

Ketua Armada Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang juga Menteri Belia dan Sukan menolak proses untuk meratifikasi ICERD jika  ianya melemahkan atau menghakis fungsi dan kesan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan, sistem Raja Berperlembagaan, kedudukan Islam dan mana-mana hak termaktub dalam Perlembagaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf Rawa pula berkata, ramai yang tidak faham tentang implikasi ICERD dan beliau memberi jaminan bahawa ratifikasi ICERD tidak akan memberi kesan kepada undang-undang dan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Majlis Peguam Malaysia telah mengeluarkan kenyataan bahawa tidak wujud apa-apa percanggahan dalam intipati kandungan ICERD dan peruntukan di bawah Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.

Dalam wawancara dengan Bloomberg TV di Singapore baru-baru ini, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu bahawa Melayu perlu diberi masa untuk memahami dan  menerima perubahan polisi yang melibat atau menyentuh hak istimewa mereka.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pula berkata, hala tuju ICERD perlu dirunding dengan  semua kaum di Malaysia, kerana perkara ini bukan mudah memandangkan negara ini ada pelbagai kaum. Ia perlu ditangani dengan penuh cermat sebelum  kerajaan mencatur sebarang keputusan muktamad.

.
.

Wednesday, November 14, 2018

Rakyat Malaysia Pengguna Tegar Facebook & Whatsapp



Rakyat Malaysia dilaporkan telah membentuk kira2 51 peratus pengguna Whatsapp. Di samping Whatsapp, Facebook dan Youtube juga turut popular di kalangan rakyat Malaysia dengan masing2 dengan jumlah 58 dan 26 peratus dari keseluruhan jumlah pengguna. Seterusnya aplikasi yang turut digemari mereka adalah WeChat dan instagram iaitu 13 peratus dari keseluruhan jumlah pengguna.



KUALA LUMPUR: The Digital News Report 2017 found that Malaysians are the world’s largest users of WhatsApp at 51 per cent.
The report also found that Facebook and YouTube are also popular with Malaysians, with 58 per cent and 26 per cent users respectively, and WeChat and Instagram, with 13 per cent.


Sumber: https://www.google.com/amp/s/www.nst.com.my/node/278936/amp

Monday, November 5, 2018

Senarai Kawasan Gempa Bumi Terkuat Di Malaysia

"Telinga Keldai Kinabalu" patah akibat gempa bumi pada tahun 2015

.

Kawasan Gempa Bumi Terkuat Di Malaysia

30 kejadian gempa bumi terkuat di Malaysia semenjak 1900.
(sumber: http://www.quakebulletin.com/quake/co/major-quakes-Malaysia )



UTC DateTimeMag.Location
1923-08-1100:54:436.3Sabah, Malaysia
1976-07-2602:56:396.2Sabah, Malaysia
1951-06-0206:47:566.1Sabah, Malaysia
2015-06-0423:15:43614km West-northwest of Ranau, Malaysia
1984-03-1400:39:185.7Sabah, Malaysia
1994-11-0201:43:555.7Sabah, Malaysia
1994-11-2718:27:085.5Sulu Archipelago, Philippines
1991-05-2611:16:595.4Sabah, Malaysia
1973-04-2820:39:435.4Sabah, Malaysia
1981-12-2500:28:155.4Sabah, Malaysia
1994-02-1206:49:555.3Sarawak, Malaysia
1976-07-2608:49:345.3Sabah, Malaysia
1976-07-2608:36:125.3Sabah, Malaysia
1976-07-2603:03:155.3Sabah, Malaysia
1976-07-2514:03:175.3Sabah, Malaysia
2015-06-1218:29:155.327km North of Ranau, Malaysia
2005-05-2319:58:095.3Sabah, Malaysia
1988-12-1417:06:285.2Sabah, Malaysia
1976-07-2605:35:105.2Sabah, Malaysia
2007-10-2320:34:375.2Sulu Archipelago, Philippines
2004-05-0123:29:015.2Sarawak, Malaysia
2018-03-0813:06:135.211km Northwest of Ranau, Malaysia
1991-05-2610:59:485.1Sabah, Malaysia
1976-08-1411:10:285.1Sabah, Malaysia
1980-10-2314:00:215.1Sabah, Malaysia
1976-07-2609:43:505.1Sabah, Malaysia
2002-04-0701:03:575.1Sabah, Malaysia
1976-09-1807:54:445Sabah, Malaysia
1983-03-2222:44:245Celebes Sea
2008-05-1806:26:415Sabah, Malaysia


KOTA KINABALU: Sesuatu yang menyayat hati bagi mereka yang sentiasa kagum dengan keindahan Gunung Kinabalu yang memukau pandangan.

Gunung ini seolah-olah telah hilang 'halo' (lingkaran cahaya suci) selepas dilanda gempa bumi 5.9 magnitud pada 5 Jun.
Bahagian timur dan barat gunung ini telah meninggalkan kesan teruk seolah-olah kesan parut ekoran kejadian tanah runtuh dan bongkah batu yang jatuh selepas gempa bumi tersebut.

Kejadian ini nampaknya telah 'merampas' keindahan alam semula jadi di gunung ini yang merupakan gunung tertinggi di Asia Tenggara.

"Macam kena calar," kata Emily Joseph, yang berasal dari Kampung Bundu Tuhan di kaki Gunung Kinabalu.

Joseph, yang tinggal di sekitar gunung itu berkata mereka sedih melihat gunung tanpa kehijauan dan permukaan granitnya.

"Saya berharap gunung ini mampu pulih kembali seperti sediakala," kata Joseph, penjaja sayur-sayuran Kadazandusun.
Penyelaras Majlis Penasihat Gunung Kinabalu, Johnny Ghani berkata, ini adalah masa yang menyedihkan bagi penduduk sekitar untuk melihat gunung mereka yang dianggap suci musnah dengan cara seperti ini.

"Saya hanya berharap keadaan akan bertambah baik bermula dari sekarang," katanya.

Gempa bumi itu melanda bahagian barat Gunung Kinabalu, membunuh 18 pendaki dan malim gunung, manakala batu-batu besar runtuh, memusnahkan sekurang-kurangnya tiga buah rumah rehat di laluan untuk sampai ke puncak.
Salah satu Telinga Keldai di puncak yang menjadi ikon kepada Gunung Kinabalu telah patah dan musnah sama sekali.

Gunung itu sekali lagi dilanda gempa susulan kuat berukuran 5.1 magnitud pada 12 Jun.
Hujan lebat kemudian telah sekali lagi meruntuhkan batu-batu dan menyebabkan pokok-pokok tumbang akibat banjir lumpur.

Beratus-ratus penduduk kampung di kaki gunung berkenaan di bahagian timur dan barat terpaksa dipindahkan.

Bagaimanapun cuaca bertambah baik sejak beberapa hari lalu, membuatkan penduduk kampung berada di tahap tenang dan kembali ke rumah mereka.

Namun, pihak berkuasa tetap berada dalam keadaan bersiap sedia untuk memindahkan mereka sekiranya berlaku hujan lebat yang boleh mencetuskan lebih banyak aliran lumpur dan runtuhan batu.


Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2015/06/23/gunung-kinabalu-hilang-halo/#YsbdgoJ34yqoplY2.99

Saturday, November 3, 2018

Cari Lokasi Dajjal Guna Google Maps


Terdapat hadis berkaitan tanda-tanda kiamat yang tidak dapat difahami secara jelas kecuali ditafsirkan dengan menggunakan kaedah saintifik. Pada zaman kini, telah wujud kajian yang menganalisa tafsiran hadis berkaitan titik pergerakan Dajjal secara geografi.
.

KAJIAN SAINTIFIK BUKTIKAN HADIS NABI TENTANG TEMPOH DAJJAL BERADA DI ATAS MUKA BUMI

Polemik mengenai tanda-tanda kiamat seringkali dikaitkan dengan al-Quran dan hadis semata-mata tanpa pendekatan tafsiran saintifik. Namun begitu, Badi’uzzaman Said al-Nursi dalam karya agungnya Risale-i Nur telah berjaya melepasi jurang pertembungan ilmu sains dengan al-Quran dan hadis. Terdapat hadis berkaitan tanda-tanda kiamat yang tidak dapat difahami secara jelas kecuali ditafsirkan dengan menggunakan kaedah saintifik. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk menganalisis tafsiran al-Nursi di dalam Risale-i Nur terhadap hadis berkaitan titik pergerakan Dajjal secara geografi. Di samping itu, kajian ini turut meneliti pendekatan tafsiran saintifik terhadap tanda-tanda kiamat berdasarkan hadis.
Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif menerusi instrumen analisis dokumen dan pemerhatian. Hasil kajian mendapati terdapat hadis berkaitan titik pergerakan Dajjal yang boleh ditafsirkan secara saintifik. Hadis tersebut mempunyai nilai-nilai astronomi dalam aspek penentuan geografi bumi yang ditentukan dengan pengiraan nilai longitud, latitud, altitud, azimuth dan masa. Tambahan itu, kajian ini membuka ruang bagi pentafsiran al-Quran dan hadis dari ufuk yang lebih luas bagi membuktikan bahawa fakta-fakta yang terkandung di dalamnya termasuk tanda-tanda kiamat boleh ditafsirkan juga secara saintifik. Pengetahuan terhadap ilmu geografi, sains dan matematik ini penting untuk memahami tanda-tanda kiamat yang terlalu abstrak seperti yang dinyatakan menerusi hadis.

PENGENALAN

Risalah Risale-i Nur merupakan hasil karya agung seorang tokoh intelektual Turki, Badiuzzaman Said alNursi. Said bin Mirza atau lebih dikenali sebagai Badiuzzaman Said al-Nursi dilahirkan pada tahun 1877M (1294H) di Nurs, sebuah perkampungan kecil di daerah Khizan (Hizan), wilayah Bitlis di Timur Turki (Sukran Vahide 2004:3). Panggilan Badiuzzaman (yang bermaksud keunggulan zaman) merujuk kepada panggilan atau gelaran terhormat yang diberikan oleh syeikh muktabar kepada beliau manakala al-Nursi merujuk kepada tempat kelahirannya (Mohamad Zaidin Mat 2003:5).
Beliau turut mendapat gelaran “photographic mind” kerana keupayaan beliau yang luar biasa dalam menghafal dan mengingati sesuatu ilmu, kemahiran berfikir dan keluasan ilmu yang ada pada beliau dalam masa yang singkat (Ahmad Azam 2015). Selain daripada ilmu-ilmu teologi dan Islam tradisional, beliau juga turut arif dalam menguasai ilmu sains moden berkaitan matematik, sains, fizik, kimia astronomi, sejarah, falsafah moden, kaji hayat dan kaji bumi (Mohamad Zaidin Mat 2003:16). Kaedah pengajaran yang beliau terapkan kepada anak muridnya ialah dengan menggabungkan sains moden dan teologi Islam. Beliau meninggal dunia pada 23 Mac 1960/27 Ramadhan 1379H di Urfah (Urkhan 1995:290).
Risale-i Nur mengandungi lebih kurang enam ribu muka surat padat dengan huraian mengenai tafsiran dan maksud al-Quran. Ia terdiri daripada sembilan jilid buku yang bertajuk (1) al-Kalimat, (2) al-Maktubat, (3) al-Lamacat, (4) al-Shuca’at, (5) Isharat al-Icjaz fi Mazan al-Ijaz (6) al-Mathnawiy al-Arabiy al-Nuriy, (7) al-Malahiq, (8) Shayqal al-Islam dan jilid ke-9 merupakan biografi kehidupan al-Nursi atau disebut Sirah Zatiyyah. Risalah tanda-tanda kiamat merupakan salah satu buku terjemahan yang menghimpunkan perbahasan mengenai tanda-tanda kiamat yang terdapat di dalam Risale-i Nur dengan tajuk asalnya dalam bahasa Arab dengan nama risalah “Assyaratus Sa’ah” (Sukran 2004).
Isi kandungan tentang risalah Tanda-Tanda Kiamat ini turut mengupas mengenai ilmu astronomi atau lebih dikenali sebagai ilmu falak. Tafsiran yang telah dibuat al-Nursi mengenai nilai-nilai astronomi ini adalah berdasarkan hadis Nabi Muhammad s.a.w mengenai kedudukan geografi penemuan Dajjal. Ini sekaligus membuktikan bahawa tiada percanggahan atau dikotomi antara sains dan agama malah kemajuan dan kebahagian manusia itu mampu dicapai dengan berpegang kepada al-Quran dan Sunnah.

KUPASAN HADIS TANDA-TANDA KIAMAT DALAM RISALE-I NUR

Nabi Muhammad s.a.w telah mengkhabarkan kepada para sahabat mengenai tanda-tanda kiamat sejak 1400 tahun dahulu. Perkhabaran mengenai tanda-tanda kiamat daripada al-Quran dan hadis ini diturunkan dari generasi ke generasi dalam bentuk penulisan buku para ulama sarjana Islam. Tidak ketinggalan juga dalam risalah Risale-i Nur yang mengambil berat mengenai tanda-tanda kiamat yang dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w. Dengan itu, al-Nursi telah memperuntukkan bab mengenai Assyaratus As-Saah yang terkandung dalam risalah al-Kalimat untuk menukilkan hadis-hadis tertentu mengenai tanda-tanda kiamat. Salah satu hadis Rasullulah s.a.w yang menakjubkan telah diulas oleh al-Nursi dalam kalimah kedua puluh empat, prinsip kelapan yang berbunyi:
Jabir r.a telah mendengar daripada Nawwas ibn Sam’an r.a berkata: Wahai Rasulullah, berapa lama Dajjal akan tinggal di muka bumi? Baginda menjawab, selama empat puluh hari, satu hari seperti satu tahun, satu hari seperti satu bulan, satu hari seperti seminggu, kemudian bakinya adalah seperti hari-hari biasa kamu semua lalui (Sahih Muslim 18:66).
Daripada hadis di atas al-Nursi telah mengulas antara lain bahawa:
Dajjal yang merupakan salah satu tanda kiamat telah diperjelaskan oleh Rasulullah bahawa ia akan mengalami sehari sama seperti setahun dan sehari sama seperti sebulan dan sehari adalah seperti seminggu. Manakala baki-baki harinya sama seperti hari-hari yang kita lalui. Dunia mendengar suaranya dan dia mengelilingi bumi selama 40 hari (Al-Nursi 2013:354).
Seterusnya al-Nursi telah berkata:
Di dalam hadis yang mulia terdapat satu isyarat tentang kemunculan seseorang dikawasan utara yang merupakan kawasan yang paling pekat kekufurannya. Maksud hadis ini memberi isyarat tentang kemunculannya dari arah utara dunia. Isyarat ini mengandungi beberapa
petunjuk hikmah iaitu:
Kawasan yang membentuk bulatan di kutub utara setahunnya adalah sama dengan sehari semalam kerana 6 bulan dikawasan tersebut adalah malam dan 6 bulan berikutnya adalah siang. Ertinya disini sehari bagi Dajjal adalah setahun. Seperti yang disebut oleh hadis yaumun kasanah. Ini menunjukkan kemunculannya adalah berhampiran dengan daerah tersebut. Maksud hadis yaum kahsharin ialah setiap kali ia menghampiri kawasan kita dari arah utara maka seharinya bertukar menjadi sebulan kerana matahari tidak tenggelam sepanjang musim panas. Ini menunjukkan Dajjal akan melintasi kawasan moden dan maju selepas ia muncul di kutub utara. Isyarat atau petunjuk ini datang apabila hari diisnadkan kepada Dajjal. Demikianlah setiap kali kita turun dari kutub utara bumi ke kawasan selatan matahari tidak akan tenggelam selama seminggu sehinggalah beza waktu antara terbit dan tenggelamnya matahari hanya sekitar 3 jam iaitu seperti hari-hari yang biasa kita lalui (Al-Nursi 2013:354).
Al-Nursi telah membuat takwilan berdasarkan hadis yang telah dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w berdasarkan tafsiran astronomi meliputi titik pergerakan Dajjal (geographical route point). Ini kerana beliau pernah berada di kawasan di mana matahari tidak tenggelam sepanjang musim panas ketika menjadi tahanan di Kosturma1, Russia semasa Perang Dunia Pertama (Mohammad Zaidin 2003:40). Sehinggakan jika pemandangan matahari tenggelam berlaku ketika itu, tahanan yang lain akan keluar beramai-ramai menyaksikan seolah-olah takjub akan fenomena tersebut (Al-Nursi 2013:354).

NILAI-NILAI ASTRONOMI BERDASARKAN HADIS

Secara terminologinya perkataan astronomi berasal daripada perkataan Yunani (αστρολογία) yang bermaksud ilmu yang mempelajari bintang-bintang (A Greek-English Lexicon1968:263). Menurut alKhawarizmi al-Katib, astronomi ialah perkataan Yunani, astro iaitu bintang dan nomi bermaksud ilmu. Daripada sudut etimologi pengarang Mafatih al-’Ulum itu mentakrifkan astronomi ialah ilmu berkenaan pergerakan jisim-jisim langit (al-ajsam al-samawiyyah), saiz dan bentuknya (al-Khawarizmi, 1981:125-122). Manakala dalam tafsiran semasa, Hartmann menakrifkan ilmu falak atau astronomi sebagai sains yang mengkaji objek di angkasa (Hartmann 1987).
Dalam khazanah keilmuan Islam pula astronomi sering disebut sebagai ‘ilm al-hai’ah, ‘ilm al-hisab, ‘ilm al-miqat dan ‘ilm al-falak (Nicholas D. 1989:57). Astronomi juga dikenali sebagai ilmu falak iaitu kaji bintang-bintang dan sistem peredarannya. Oleh itu, astronomi boleh ditakrifkan sebagai satu bidang kajian untuk mengetahui kedudukan, peredaran, pergerakan, perihal fenomena cakerawala seperti bulan, bintang, matahari, planet dan sebagainya yang boleh dilihat oleh manusia di alam semesta ini (Masiri et. all, 2010:1).
Penelitian astronomi adalah berdasarkan cara objek-objek di angkasa bergerak. Ia juga dikaitkan dengan bidang geomatik2 atau ukur tanah di mana kedudukan relatif cakerawala seperti bulan, bintang dan matahari dengan kedudukan manusia di bumi. Ini bermakna cerapan dilakukan ke atas cakerawala dilakukan untuk mendapatkan kedudukan di bumi dalam bentuk latitud, longitud, masa dan azimuth (Muhammad Saupi, 1994). Ilmu astronomi dapat dikembangkan dengan cara melakukan pengukuran, pengamatan, analisis objek yang dipancarkan di langit. Data-data yang diperoleh inilah kemudian di analisis untuk menjelaskan fenomena alam kepada manusia (Moedji Raharto, 1997:3).
Bumi berputar di atas paksinya setiap hari dan terjadinya kejadian siang dan malam. Paksi merupakan satu garisan melalui pusat bumi antara kutub utara dan kutub selatan. Apabila sebahagian dunia mengahadap matahari, maka ia adalah waktu siang begitu juga dengan sebaliknya. Bumi berputar mengelilingi matahari dalam arus lawan seperti yang dilihat dari atas kutub utara seperti dalam Rajah 1 dan Rajah 2 berikut (Kamarul Azmi Jasmi 2013:74):
Rajah 1: Kedudukan putaran bumi pada orbit
Sumber: https://ms.wikipedia.org/wiki/Kecondongan_paksi
Rajah 1 di atas menunjukkan paksi condong bumi kira-kira 23.5°. Berikut pula merupakan kejadian siang dan malam berdasarkan kedudukan bumi pada paksinya:
Rajah 2: Kejadian Siang dan malam
Sumber: http://astri5.blogspot.my/2013/04/rotasi-bumi.html
Terdapat banyak ayat al-Quran yang menjelaskan proses kejadian siang dan malam. Antaranya yang dijelaskan oleh Allah S.W.T ialah:
Maksudnya: Allah jualah yang membelah cahaya subuh yang menyingsingkan fajar dan yang menjadikan malam untuk tinggal berehat dan menjadikan matahari dan bulan untuk mengira waktu menurut peredarannya. Yang demikian itu adalah kuasa penentuan Allah yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui (Al-An’am 6:96).
Tafsir Quran al-Aisar menjelaskan Allah S.W.T menjadikan matahari dan bulan beredar pada orbit masing-masing sesuai dengan perhitungan yang telah ditetapkan dan tiada manusia yang mampu  menghitungnya kecuali Allah S.W.T. Berdasarkan kedua-dua benda itu, maka manusia akan dapat mengetahui waktu-waktu seperti solat, bekerja dan umur (al-Jazairi 2007).
Menurut tafsir al-Maraghiy pula mengaitkan ayat di atas dengan pendapat sarjana astronomi bahawa bumi mempunyai dua gerakan, gerakan yang sempurna dalam masa 24 jam merupakan pundak perhitungan hari. Kedua pula gerakan yang sempurna dalam masa setahun. Dengan gerakan ini maka berlakulah perbezaan musim dan ianya merupakan puncak perhitungan tahun matahari (al-Maraghiy 2001).

TAFSIRAN TITIK PERGERAKAN DAJJAL SECARA GEOGRAFI BERDASARKAN HADIS

Kejadian empat musim pula berlaku di sebabkan putaran bumi mengelilingi matahari. Ianya akan menyebabkan berlakunya kejadian siang dan malam tidak sama panjang di sesuatu kawasan dan kedudukan matahari pada waktu tengahari berbeza mengikut tempat seperti dalam gambar Rajah 3 (Gaposchkin & Haramudanis 1970:55):
Rajah 3: Kedudukan bumi mengikut musim
Sumber: http://smrpanjang.blogspot.my/2013_07_01_archive.html
Menurut takwilan al-Nursi berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w bahawa sehari seperti setahun adalah kawasan yang berada di kutub utara dan kutub selatan bumi. Berdasarkan Rajah 3, hadis yang diterangkan ini adalah berlaku ketika musim panas dan ianya menunjukkan arah utara bumi. Pada musim panas matahari akan tenggelam secara lansung di garisan jadi (Tropic of Cancer) pada hemisfera utara berdasarkan sudut δ=+23.5°. Secara umumnya, pada musim panas, matahari berada di atas ufuk untuk tempoh yang lama di hemisfera utara. Oleh itu, maka akan terjadinya waktu siang yang paling panjang di kutub utara iaitu selama 6 bulan kerana matahari tidak tenggelam apabila berada di kawasan tersebut (Gaposchkin & Haramudanis1970:55).
Kedudukan latitud diambil pada kedudukan daratan terbesar yang berpenghuni iaitu Greenland. Tanah besar Greenland terletak di garisan latitud antara 70°U hingga 90°U, maka akan terjadi kejadian 6 bulan malam (September-Februari) dan 6 bulan siang (Mac-Ogos) setiap tahun di bahagian utara tertentu daratan tersebut. Sekiranya latitud direndahkan ke 60°U dan seterusnya, maka pusingan siang dan malam akan menjadi sebulan bagi satu hari. Begitu juga seterusnya ia akan menjadi seminggu bagi satu hari, seperti yang telah di alami oleh al-Nursi sendiri ketika beliau berada di Kosturma yang terletak di latitud 57°46’0.12” longitud 40°55’59.88” timur laut Moscow. Data perkiraan siang dan malam ini juga dibuktikan dengan menggunakan perisian Stellarium3 versi 0.22.11.
Manakala hadis sehari seperti sebulan pula ia menunjukkan kawasan yang berada di latitud 64°8’24.00”U dan longitud 21°55’12.00”B iaitu di Iceland. Ini kerana data daripada Stellarium menunjukkan bahawa kawasan ini pada musim panas iaitu pada bulan Jun sehingga Ogos berlakunya setengah bulan waktu siang dan setengah bulan waktu malam. Maka ianya secara total bersamaan sehari iaitu merangkumi kejadian siang dan malam selama sebulan. Pada musim panas ini juga menunjukkan waktu kemuncak untuk para pelancong melawat negara Iceland.
Dalam hadis juga menunjukkan bahawa Dajjal akan melintasi kawasan moden di kutub utara. Ianya menunjukkan bahawa hadis sehari bersamaan seminggu menunjukkan kawasan yang terletak bawah daripada garisan latitud dan longitud daripada Iceland. Negara yang behampiran dengan Iceland pula ialah negara Norway dan Sweden. Al-Nursi juga telah menjelaskan di dalam Risale-i Nurnya bahawa beliau bersama tahanan lain pernah berada di kawasan seumpama ini ketika berada dalam tahanan Rusia iaitu matahari tidak tenggelam selama seminggu semasa musim panas dan hanya tenggelan sekitar 3 jam Berdasarkan kedudukan ini, latitud yang hampir sama adalah Oslo, Norway dan St. Petersbug, Rusia. Kedudukan georgrafi bagi Oslo pula ialah latitud 59°54’36.00”U dan longitud 10°45’0.00”T manakala bagi St. Petersbug pula 59°55’48.00”U dan longitud 30°19’12.00”T.
Mengikut data daripada Travel Stories setiap tahun terdapat White Night Festival yang di buat di St. Petersbug, Rusia selama lebih sebulan lebih bermula dari 25/26 Mei sehingga 16/17 Julai setiap tahun. White Night Festival ini adalah sempena di mana matahari turun di garisan horizon dalam 7° sahaja. Kemuncak kepada festival ini adalah 10 hari terakhir di mana lebih daripada satu minggu matahari tidak tenggelam dan mengalami waktu siang yang panjang. Oleh itu ianya dikenali sebagai White Night Festival.
Hadis satu hari bersamaan satu hari Dajjal pula ditakwilkan oleh al-Nursi mengikut sama seperti waktu yang berhampiran dengan garisan khatulistiwa iaitu waktu 12 jam adalah siang dan 12 jam adalah malam. Dajjal akan turun dari kutub utara sehinggalah sampai ke Palestin, Madinah dan Mekah di mana waktu musim panas di ketiga-tiga negara tersebut adalah lebih kurang waktu yang dijalani dalam kehidupan seharian seperti dalam Rajah 4.
Rajah 4: Alam Qadim dan kedudukan terakhir Dajjal
Sumber: nationalgeography.com/images/political_world_map
Kawasan petak empat segi dalam rajah di atas menunjukkan kawasan yang mempunyai kepadatan populasi umat Islam yang tinggi. Manakala anak panah pula merujuk kepada kawasan di mana waktu siang dan malam yang sama panjang bersamaan dengan hadis Rasulullah satu hari bersamaan satu hari (1H:1H). Ia meliputi kawasan dunia lama (alam qadim) yang disempadani pertama Pulau Canary, kedua ialah sempadan Siberia, ketiga pula ialah Timur-Timur manakala keempat ialah Pulau Comoros (Juzul Qamar). Di alam qadim inilah merupakan kawasan terakhir bagi Dajjal. Berdasarkan geographical route point Dajjal juga bertepatan dengan hadis di mana ia dikatakan muncul dari arah kutub utara dan secara rasionalnya umat Islam di kawasan kutub selatan tidak di dominasi oleh umat Islam.

KESIMPULAN

Al-Nursi telah membuat tafsiran tanda-tanda kiamat di dalam Risale-i Nurnya berdasarkan konteks semasa berasaskan matematik, sains, geografi, sejarah dan tafsiran tempatan. Ini sekaligus membuktikan bahawa tanda-tanda kiamat boleh ditafsirkan mengikut tafsiran astronomi. Al-Quran dan hadis tidak menerangkan secara terperinci mengenai munculnya Dajjal di kawasan tertentu. Ianya merupakan satu tuntutan kepada manusia untuk belajar, memahami dan mentaakul tanda-tanda kiamat berdasarkan hadis yang telah dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w mengenai munculnya Dajjal di muka bumi. Ilmu astronomi yang terdapat di dalam Risale-i Nur jelas menunjukkan bahawa ruang lingkup perbahasan al-Quran dan hadis tidak bercanggah dengan ilmu sains moden bahkan boleh ditafsirkan untuk mencari kebenaran dan ketepatan sains dan al-Quran. Dengan demikian, maka dengan kepentingan mempelajari ilmu sains dan al-Quran ini menguatkan dan memantapkan akidah serta iman seorang muslim itu.

SUMBER:

http://www.ukm.my/ancor/wp-content/uploads/2016/09/ICAMW_Titik-Pergerakan-Dajjal-secara-Geografi-Tafsiran-Risale-i-Nur.pdf
.
.