Thursday, June 28, 2018

Tips Kawal Pemakanan Anda

Cabaran besar yang perlukan motivasi tinggi semasa dan selepas hari raya ialah mengawal diri dari makan berlebihan.

Tips Kawal Pemakanan Anda

1. Kerap minum air kosong. Anda mungkin terasa lapar tapi barangkali minum air sudah memadai.
2. Makan lebih protein untuk menggalakkan metabolisma dan pembakaran lemak.
3. Elakkan dari situasi "teringin nak makan". Elak bercerita pasal makan. Elak melintas di kawasan yang banyak makanan atau aroma.
4. Rancang masa makan.
5. Elak situasi "kelaparan tak terhingga". Jangan "skip" waktu rutin makan.
6. Elakkan situasi "stress". "Stress" mungkin akan akibatkan anda terfikir mahu makan sebagai cara meredakan perasaan tersebut.
7. Makan sambil berpada-pada.
8. Makan buah-buahan dan sayur.

Selamat Berjuang!