Thursday, January 4, 2018

Kisah Kejayaan Mencipta Kapal Terbang



Kedua-dua adik-beradik Wright menerima pendidikan sekolah tinggi, tetapi tidak memperoleh diploma. Mereka dibesarkan di Dayton (tetapi juga pernah tinggal di Iowa dan Indiana selama beberapa tahun) di mana mereka membuka sebuah syarikat percetakan dan untuk satu tempoh yang singkat, menerbitkan mingguan dan surat khabar. Kemudian pada tahun 1892, mereka membuka sebuah syarikat untuk membaiki, mereka bentuk, dan mengilang basikal (Syarikat Basikal Wright). Mereka mempergunakan usaha ini untuk membiayai minat penerbangan mereka yang semakin mendalam. Pada awal atau pertengahan 1890-an, mereka terbaca rencana-rencana dalam surat khabar atau majalah dan mungkin juga gambar-gambar foto tentang luncuran Otto Lilienthal yang dramatik di negara Jerman.

Tahun 1896 membawa tiga peristiwa penerbangan yang penting:

Pada Mei, Samuel Langley, Setiausaha Institusi Smithson, berjaya menerbangkan sebuah kapal terbang model tanpa manusia yang menggunakan kuasa stim.

Pada musim panas, Oktaf Chanute, seorang jurutera Chicago, menghimpunkan beberapa peminat penerbangan yang muda untuk menguji pelbagai jenis peluncur di gumuk pasir pada sepanjang pesisir Tasik Michigan.

Pada Ogos, Lilienthal terbunuh ketika membuat penerjunan peluncurnya.

Peristiwa-peristiwa ini tertanam kukuh dalam fikiran adik-beradik Wright itu.

Pada Mei 1899, Wilbur menyurat kepada Institusi Smithson untuk memperoleh maklumat-maklumat dan terbitan-terbitan mengenai penerbangan. Menggunakan hasil daripada kerja-kerja Sir George Cayley, Chanute, Lilienthal, Leonardo da Vinci, dan Langley, mereka memulakan uji kaji penerbangan mekanik pada tahun itu. Kedua-dua adik-beradik melanjutkan teknologi penerbangan melalui penegasan kawalan kapal terbang dan bukan penambahan kuasa. Mereka memperkembangkan kawalan tiga paksi yang merupakan prinsip asas untuk penerbangan yang masih digunakan pada hari ini.

Diekstrak dari: https://ms.wikipedia.org/wiki/Wright_bersaudara