Tuesday, January 2, 2018

Apakah Pilihan Email Percuma Terbaik 2018?

Mereka telah menghabiskan masa selama 120 jam untuk menguji beberapa produk Perkhidmatan Email percuma. Hasilnya?


Perkhidmatan Email adalah alat perhubungan asas dalam Internet. Pada hari ini terdapat beberapa penyedia Perkhidmatan Email percuma yang bersaing sesama mereka untuk mendapatkan jumlah pengguna teramai. Yang mana satukah yang terbaik?


Laman TopTenReviews telah menghabiskan masa selama 120 jam untuk menguji beberapa produk Perkhidmatan Email percuma. Hasilnya, seperti berikut.



Daripada paparan di atas, kita boleh melihat bahawa tiga pesaing teratas adalah Gmail (Google), diikuti oleh, Yahoo dan Outlook (Microsoft).

Secara umumnya, aspek penting yang perlu dipertimbangkan apabila kita mahu memilih sesuatu produk perkhidmatan email adalah seperti berikut:

1) Kemudahan menulis email (Composition Tools)

Apabila menulis email, kita perlukan bantuan untuk mengubahsuai format teks, memasukkan lampiran seperti gambar atau dokumen elektronik yang lain.

2) Kemudahan menyimpan dan mencari email (Inbox & Folders)

Setiap email yang dihantar atau diterima perlu disimpan menggunakan kaedah yang cekap supaya kita boleh mencari (search) atau menyisih (sort) pada masa hadapan.

3) Kemudahan perlindungan keselamatan (Security Tools)

Terdapat beberapa risiko keselamatan yang perlu ada pada sesebuah perkhidmatan email iaitu:

a) Kawalan akses ke akaun email; Hanya pengguna yang sah sahaja yang boleh mengakses akaun. Sistem perlu membantu pengguna membuat tetapan password yang sukar diteka. Pengguna mestilah menyertakan maklumat akses tambahan seperti Email lain atau nombor smartfon sebagai "backup" sekiranya akaun email digodam dan sebagainya.

Berdasarkan tiga aspek utama ini serta aspek-aspek lain yang telah mereka senaraikan, TopTenReviews membuat kesimpulan bahawa Gmail adalah pilihan yang terbaik.

Rujukan:

http://www.toptenreviews.com/services/internet/best-free-email-services/