Wednesday, January 31, 2018

[Panduan] Solat Sunat Gerhana Bulan




.

HUKUM SOLAT SUNAT GERHANA SECARA BERJEMAAH


Para fuqaha mengatakan bahawa berjemaah ketika solat gerhana adalah sunnah. Fuqaha al-Syafieyyah dan Al-Hanabilah berpendapat bahawa kedua-duanya adalah sunnah di antara gerhana bulan dan juga gerhana matahari untuk dilakukan secara berjamaah. Ini berdasarkan sebuah riwayat daripada Abu Bakrah R.A beliau berkata

: ‎كُنَّا عِنْدَ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فَانْكَسَفَتِ الشَّمْسُ، فَقَامَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم يَجُرُّ رِدَاءَهُ حَتَّى دَخَلَ الْمَسْجِدَ، فَدَخَلْنَا فَصَلَّى بِنَا رَكْعَتَيْنِ، حَتَّى انْجَلَتِ الشَّمْسُ فَقَالَ صلى الله عليه وسلم ‏ "‏ إِنَّ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ لاَ يَنْكَسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ، فَإِذَا رَأَيْتُمُوهُمَا فَصَلُّوا، وَادْعُوا، حَتَّى يُكْشَفَ مَا بِكُمْ

Maksudnya : Kami berada di sisi Rasulullah S.A.W, kemudian berlakunya gerhana matahari. Maka Nabi S.A.W pun berdiri seraya memakai rida' sehingga baginda masuk ke dalam masjid. Maka baginda pun menjadi imam solat bersama kami sehingga selesai gerhana. Lalu baginda S.A.W bersabda : Sesungguhnya gerhana matahari dan bulan itu tidak berlaku disebabkan kematian seseorang. Jika kalian melihatnya maka solatlah serta berdoa, sehinggalah tamat gerhana.

Riwayat Al-Bukhari (1040).

.

SOLAT SUNAT GERHANA BULAN




Lafaz niat:

أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى

"Sahaja aku solat sunat gerhana BULAN dua rakaat kerana Allah Taala."



Kaifiat:

Solat sunat gerhana boleh dilakukan sama ada secara berseorangan atau berjemaah dan sebaiknya dilakukan secara berjemaah. Khaifiat yang lebih sempurna adalah seperti berikut:

Rakaat Pertama


  1. Takbiratul Ihram.
  2. Membaca doa Iftitah.
  3. Membaca surah al-Fatihah.
  4. Membaca surah al-Baqarah atau mana-mana surah.
  5. Ruku' dan membaca tasbih kira-kira 100 ayat.
  6. lktidal serta membaca surah al-Fatihah.
  7. Membaca surah Ali-lmran atau mana-mana surah.
  8. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira 90 ayat.
  9. Iktidal.
  10. Sujud dan membaca tasbih.
  11. Duduk antara dua sujud.
  12. Sujud kembali.
  13. Berdiri ke rakaat kedua.


Rakaat Kedua


  1. Membaca surah al-Fatihah.
  2. Membaca surah al-Nisa' atau mana-mana surah.
  3. Ruku' dan membaca tasbih kira-kira 70 ayat.
  4. lktidal serta membaca surah al-Fatihah.
  5. Membaca surah al-Maidah atau mana-mana surah.
  6. Ruku dan membaca tasbih kira-kira 50 ayat.
  7. Iktidal.
  8. Sujud dan membaca tasbih.
  9. Duduk antara dua sujud.
  10. Sujud kembali.
  11. Membaca tasyahud akhir.
  12. Memberi salam.


Solat juga boleh dilakukan dengan dua kali berdiri, dua kali bacaan dan dua kali ruku' sebagaimana solat biasa tanpa memanjangkannya. Begitu juga sah dilakukan sebanyak dua rakaat dengan dua kali berdiri dan dua kali ruku' sebagaimana solat fardu Jumaat. Namun cara ini meninggalkan fadhilat kerana berlainan daripada perbuatan Nabi.


Sumber:

http://muftiwp.gov.my/ms/al-kafi-li-al-fatawi-cat/832-al-kafi-624-hukum-menunaikan-solat-sunat-secara-berjamaah

http://muftiwp.gov.my/ms/pengumuman-2018/2270-fenomena-gerhana-bulan-penuh-pada-31-januari-2018

Tuesday, January 30, 2018

[Doa] Ketika Dirundung Gundah, Sedih, dan Perasaan Tak Menentu


.

Doa Tatkala Dirundung Gundah, Sedih, dan Perasaan Tak Menentu


اللَّهُمَّ إِنِّي عَبْدُكَ وَابْنُ عَبْدِكَ وَابْنُ أَمَتِكَ نَاصِيَتِي بِيَدِكَ مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِي كِتَابِكَ أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ أَوْ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِي عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيعَ قَلْبِي وَنُورَ صَدْرِي وَجِلَاءَ حُزْنِي وَذَهَابَ هَمِّي

Allaahumma innii 'abduka wabnu 'abdika wabnu amatik, naashiyatii biyadik, maadlin fiyya hukmuk, 'adlun fiyya qadlaa'uk, as-aluka bikullismin huwa laka, sammaita bihi nafsaka, au anzaltahuu fii kitaabika, au 'allamtahu ahadan min khalqika, awis ta'tsarta bihii fii 'ilmil ghaibi 'indaka, an taj'alal Qur'aana rabii'a qalbii wanuura shadrii wajalaa'a huzni wa dzahaaba hammii

Artinya: "Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hamba-Mu, anak hamba laki-laki-Mu, dan anak hamba perempuan-Mu. Ubun-ubunku berada di tangan-Mu. Hukum-Mu berlaku pada diriku. Ketetapan-Mu adil atas diriku. Aku memohon kepada-Mu dengan segala nama yang menjadi milik-Mu, yang Engkau namakan diri-Mu dengannya, atau Engkau turunkan dalam Kitab-Mu, atau yang Engkau ajarkan kepada seorang dari makhluk-Mu, atau yang Engkau rahasiakan dalam ilmu ghaib yang ada di sisi-Mu, agar Engkau jadikan Al-Qur'an sebagai penyejuk hatiku, cahaya bagi dadaku dan pelipur kesedihanku serta pelenyap bagi kegelisahanku."

Doa di atas didasarkan pada hadits dari Abdullah bin Mas'ud radliyallah 'anhu, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Tidaklah seseorang tertimpa kegundahan dan kesedihan lalu berdoa (dengan doa di atas) .melainkan Allah akan menghilangkan kesedihan dan kegelisahannya serta menggantikannya dengan kegembiraan.

Ibnu Mas'ud berkata, "Ada yang bertanya, 'Ya Rasulallah, bolehkah kita mempelajarinya?' Beliau menjawab, 'Ya, sudah sepatutnya orang yang mendengarnya untuk mempelajarinya'." 
(Hadis Riwayat Ahmad dalam Musnadnya I/391, 452, Al-Hakim dalam Mustadraknya I/509, Ibnu Abi Syaibah dalam Mushannafnya VII/47, Ibnu Hibban dalam Shahihnya no. 2372, Al-Thabrani dalam Al-Mu'jam Al-Kabir no. 10198 –dari Maktabah Syamilah-. Hadits ini telah dishahihkan oleh Ibnu Taimiyah dan muridnya Ibnul Qayyim, keduanya banyak menyebutkannya dalam kitab-kitab mereka. Juga dihasankan oleh Al-Hafidz dalam Takhriij Al-Adzkaar dan dishahihkan oleh Al-Albani  dalam al-Kalim al Thayyib hal. 119 no. 124 dan Silsilah Shahihah no. 199.)

fb.me/NotaMotivasi - Koleksi Motivasi, Kata Mutiara dan Kata Minda..

Monday, January 29, 2018

Gerhana Bulan Penuh Jan 2018


.
PORT DICKSON: Balai Cerap Teluk Kemang di sini akan mengadakan cerapan fenomena Gerhana Bulan Penuh pada malam 31 Januari ini.

Menurut laman sosial Facebook Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, fasa Gerhana Bulan Penuh secara rasminya akan bermula pada 8.51 hingga 10.07 malam.

"Pada malam itu (31 Januari), orang ramai berpeluang menyaksikan Gerhana Bulan Penuh di balai tersebut di Kompleks Baitul Hilal Teluk Kemang di sini," menurut laman sosial itu.

Pelbagai program telah disusun untuk hari itu dimulai dengan ceramah mengenai Gerhana Bulan Penuh oleh penyelidik astronomi di Jabatan Fizik Fakulti Sains Universiti Malaya Prof Datuk Dr Mohd Zambri Zainuddin pada 5.30 petang, solat maghrib dan isyak  berjemaah serta solat sunat Gerhana Bulan (Khusuf).

Selain itu, penerangan dan taklimat Gerhana Bulan serta cerapan Gerhana Bulan Penuh dijadualkan berlangsung pada 8.45 malam.

Orang ramai dijemput hadir untuk menyaksikan fenomena itu pada hari tersebut. - Bernama


Baca lebih lanjut di:

http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2018/01/25/gerhana-bulan-penuh/#1JDbiiQKWV0MR0LJ.99

https://www.thestar.com.my/news/world/2018/01/28/rare-super-blood-blue-moon-visible-on-jan-31/
.
Related: Moon‬, ‪Supermoon‬, ‪Lunar eclipse‬‬, Rare ‘super blood blue moon’

Gallery: fb.me/NotaMotivasi - Koleksi Motivasi, Kata Mutiara dan Kata Minda.

Pencapaian UPKK bertambah baik



.
SERAMAI 54,824 calon berjaya memperoleh keputusan 8A dalam Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) pada tahun lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pencapaian itu meningkat sebanyak 18 peratus berbanding 46,461 calon, tahun sebelumnya.

"Seramai 204,684 calon yang menduduki peperiksaan berkenaan di seluruh negara, dan tiada calon yang mendapat semua D bagi semua mata pelajaran yang ditawarkan.

"Calon yang mendapat 7A adalah seramai 21,639 atau 10.57 peratus, 6A (21,462 atau 10.49 peratus), 5A (23,950 atau 11.7 peratus), 4A (21,156 atau 10.34 peratus), 3A (23,223 atau 11.35 peratus), 2A (14,964 atau 7.31 peratus) dan 1A (14,184 atau 6.93 peratus)," katanya pada sidang media mengumumkan keputusan UPKK di Putrajaya, hari ini.

Calon-calon UPKK boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing mulai 2 petang ini.

Selain itu, keputusan juga boleh disemak secara dalam talian di semakan.islam.gov.my atau melalui khidmat pesanan ringkas mySMS 15888 bermula 11 pagi hingga 5 petang pada 5 Februari.

Katanya, bermula tahun ini, pengumuman keputusan UPKK akan dibuat dan diumum dalam tahun semasa, dan semakan maklumat calon yang berdaftar juga boleh dibuat oleh ibu bapa atau penjaga secara dalam talian.

"Selain itu, pendaftaran calon kepada bukan warganegara dibuka mulai tahun ini mengikut syarat ditetapkan.

“Inisiatif penambahbaikan sistem pengurusan UPKK ini diambil bagi memastikan sistem perkhidmatan penyampaian maklumat kepada masyarakat dilaksanakan secara lebih cekap dan efektif," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/01/308022/pencapaian-upkk-bertambah-baik
.
Related: Jamil Khir Baharom‬, ‪Malaysia‬, ‪Prime Minister's Department‬, ‪Malay styles and titles‬‬

Gallery: fb.me/NotaMotivasi - Koleksi Motivasi, Kata Mutiara dan Kata Minda.

Zainal Abidin Kasim Dilantik Ketua Polis Kedah


.

Zainal Abidin sasar kekang kongsi gelap, dadah


ALOR SETAR: Ketua Polis Kedah, Datuk Zainal Abidin Kasim, berazam menggunakan sepenuhnya pengalaman dimiliki untuk mengekang kegiatan kongsi gelap dan dadah di negeri ini.

Zainal Abidin yang sebelum ini bertugas sebagai Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, memulakan tugas baharu di Kedah hari ini.

Beliau menggantikan Datuk Asri Yusoff, yang bertukar ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman sebagai Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS).

"Saya harap semua pegawai dan anggota di negeri ini dapat bersama-sama memastikan kegiatan jenayah terutama dadah dan kongsi gelap dapat ditangani secara menyeluruh sekali gus membolehkan masyarakat dapat hidup dengan harmoni.

"Apa yang dirancang oleh Ketua Polis Kedah sebelum ini mengenai pembasmian dadah akan diteruskan..kita akan mengikuti semua perancangan beliau dalam memastikan Kedah mencapai sifar dadah dan jenayah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis serah terima tugas Ketua Polis Kedah di Dewab Tan Sri Khalid di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di sini.

Majlis itu disaksikan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Seri Zulkifli Abdullah.

Dalam majlis yang sama, kekosongan jawatan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Kedah yang ditinggalkan Datin Bedah Dollah, diisi oleh isteri Zainal Abidin iaitu Prof Madya Datin Roseleena Mohamed Nor.Zainal Abidin, 57, yang menyertai Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 2 Februari 1986 sebagai Asisten Superintendan memulakan latihan kepolisan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur.

Beliau yang berasal dari Ulu Kinta di Perak, berkata sepanjang 32 tahun dalam perkhidmatan PDRM, pengalaman menjadi Ketua Polis Daerah Kota Setar, di sini dan memimpin Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) di dua negeri menjadi garis panduan untuknya memimpin Kedah.

https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2018/01/381934/zainal-abidin-sasar-kekang-kongsi-gelap-dadah
.
Related: ‪‪Kedah‬, ‪Zulkifli Abdullah‬, ‪Malay styles and titles‬, ‪Zainal Abidin Mohamad‬, ‪Ministry of Internal Security

Gallery: fb.me/NotaMotivasi - Koleksi Motivasi, Kata Mutiara dan Kata Minda.

Visit Malaysia 2020 logo controversy

If we do not include these animals in our logo, other countries will claim them



Visit Malaysia 2020 logo controversy


Nazri: We stand by the Visit Malaysia 2020 logo despite the flakThe Star Online
“If we do not include these animals in our logo, other countries will claim them,” he said.

http://nota.razi.net.my/2018/01/kontroversi-logo-buruk-menteri.html

Related searches: visit malaysia 2020, logo visit malaysia 2020

Gallery: fb.me/NotaMotivasi - Koleksi Motivasi, Kata Mutiara dan Kata Minda.

Kontroversi Logo Buruk: Menteri Pertahankan Keputusannya


.
PETALING JAYA: Biarpun netizen menimbulkan reaksi kurang senang terhadap rekaan logo 'Visit Malaysia 2020' (Tahun Melawat Malaysia 2020) yang baru diperkenalkan, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan tetap mempertahankan rekaan tersebut.

Menterinya, Datuk Seri Nazri Aziz berkata, kritikan yang dilemparkan berkaitan logo itu bukanlah satu isu.



ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Tidak Puas Hati Logo 'Visit Malaysia 2020'

"Kritikan adalah biasa, kita tidak boleh dapatkan persetujuan rakyat seluruh Malaysia.

"Kalau nak tunggu semua orang setuju, sampai tahun 2020 pun (logo tersebut) tidak akan siap," katanya ketika dihubungi The Star.

Kata beliau, pihak kementerian tidak membelanjakan sebarang kos ke atas rekaan logo itu kerana ia merupakan rekaan pihak jabatan sendiri.


Logo 'Visit Malaysia 2020' yang mencetuskan kontroversi.
"Kami memiliki jabatan dalam kementerian sendiri dan mereka bertanggungjawab untuk mereka cipta semua logo sejak Tahun Melawat Malaysia yang pertama (1990) sehingga sekarang yang merupakan logo kelima.

"Kami tidak membayar kepada mana-mana syarikat pengiklanan untuk membuat rekaan tersebut.

"Saya lebih percayakan kakitangan sendiri daripada netizen. Lagipun, ia bukan ditujukan buat orang tempatan, sebaliknya untuk pelancong," katanya.

Rekaan logo tersebut tular di internet kerana rata-rata netizen beranggapan bahawa ia tidak mencapai standard.

Logo yang kelihatan seperti sekeping setem itu menunjukkan Menara Berkembar Petronas, seekor Orang Utan memeluk seekor monyet dan seekor penyu di pantai menggayakan sepasang cermin mata hitam.

image: http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2018/01/28/nazri-pertahan-logo/~/media/a49b7fd6c9fd4b5bb7658f00c1a92a9e.ashx?h=448&la=en&w=620


Menara Berkembar Petronas. - Bernama
Slogan bagi logo tersebut adalah 'Kembara, Nikmati, Hormat'.

Ketika ditanya tentang rekaan logo tersebut, Nazri berkata, logo tersebut meliputi ikon yang bertepatan dengan imej negara ini.

"Kami mengekalkan Menara Berkembar Petronas dalam logo kerana ia merupakan produk pelancongan yang paling banyak dirakam di Malaysia.

"Kita harus bangga dengan menara berkembar sama seperti orang Perancis bangga dengan Menara Eiffel.

"Bagi kempen Tahun Melawat Malaysia 2020, kita tidak boleh membuang haiwan itu kerana ia adalah simbolik kepada Malaysia," katanya.

Tags / Kata Kunci:
Visit Malaysia 2020

Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2018/01/28/nazri-pertahan-logo/#oZirzgJbCo3xQRhb.99
.

Sunday, January 28, 2018

[Tips] Hindari Kencing Manis Dengan Sayur Peria Katak


ubat kencing manis cara kampung


Peria Katak sangat bagus untuk pesakit kencing manis. Bagi pesakit kencing manis, organ Pankreas tidak dapat berfungsi dengan baik untuk menghasilkan hormon bagi menurunkan kadar gula dalam darah. Peria Katak pula digelar 'insulin tumbuhan' di mana ia boleh membantu badan menurunkan kadar tersebut.

Peria Katak Sangat Pahit?


Tidak ramai yang gemar memakan Peria katak kerana rasanya yang pahit.

Berikut adalah cadangan resepi yang boleh mengurangkan rasa pahit Peria Katak.

Hidangan Peria Katak Goreng Telur


.

Bahan-bahan

3 biji peria katak (gaul dengan garam dulu untuk kurangkan rasa pahit)
2 biji telur
2 biji bawang putih -ditumbuk
3 biji bawang merah – ditumbuk
2 sudu besar cili kisar (ikut tahap kepedasan masing-masing)
1 biji lada merah – hiris
1 sudu sos tiram
Garam

Cara-cara menyediakan Peria Katak Goreng Telur

1. Belah 2 peria, buangkan bijinya dan hiris nipis-nipis.
2. Gaul dengan garam untuk hilangkan pahitnya. Kemudian dibilas dengan air bersih.
3. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan masukkan cili kisar tumis sampai naik baunya.
4. Untuk menambahkan ksedapannya, masukkan ikan bilis atau udang kering/ udang segar.
5. Masukkan peria, kacau dan masukkan telur. Kacau lagi sehingga masak.

.

Gallery: fb.me/NotaMotivasi - Koleksi Motivasi, Kata Mutiara dan Kata Minda.

Thursday, January 25, 2018

[Panduan] Pesanan Terakhir Buat Anak


.
Ilmu yang perlu diajar pada anak-anak kita...

Selepas disahkan tidak ada nyawa lagi, apa yang perlu anak-anak kita lakukan di rumah sementara menunggu jenazah kita dikebumikan:

1. Beritahu anak-anak di mana kain batik lepas disimpan;
2. Sentiasa sediakan wipes & gunting bersama kain-kain batik;
3. Potong seluar dalam, bersihkan najis-najis besar dan kecil. Penting, sebab, setiap manusia yang diambik nyawa akan dalam keadaan terperanjat sehingga terkeluar najis dan terkencing. Tak mahu najis-najis tadi lama dibadan dan berbau busuk pada jenazah. Lagi pun susah untuk dibasuh kalau dah kering;
4. Gunting baju supaya tak perlu dibalik-balik jenazah;
5. Ambik minyak zaiton atau vaseline, sapu pada sendi lengan supaya senang dilipat tangan dalam keadaan solat;
6. Ambil kain, ikat dari mulut naik ke kepala supaya mulut tertutup rapat;
7. Tutup rambut dengan selendang;
8. Ambik kain batik lepas, ditutup jenazah;
9. Posisikan jenazah dalam keadaan kepala ke arah kiblat; dan
10. Dimandikan..

Paling utama, buat dengan lembut dan penuh kasih sayang sebagaimana sayangnya jenazah pada semua anak-anak semasa hayat beliau.

Sebarkan kepada setiap orang Islam agar anak-anak tahu dan bersedia. Jangan diaibkan jenazah dengan bau-bau yang kurang enak. Berbaktilah kepada jenazah, mungkin ibu, ayah, datuk, nenek kita buat kali terakhir.

.

Gallery: fb.me/NotaMotivasi - Koleksi Motivasi, Kata Mutiara dan Kata Minda.

Wednesday, January 24, 2018

[Doa] Istikharah Memohon Petunjuk Pilihan


.
Menurut hadis daripada Jabir bin ‘Abdillah r.a, beliau berkata: Rasulullah S.A.W pernah mengajarkan Istikharah kepada kami dalam segala urusan, sebagaimana baginda mengajar kami surah dari Al-Quran. Baginda bersabda:



إِذَا هَمَّ أَحَدُكُمْ بِالأَمْرِ فَلْيَرْكَعْ رَكْعَتَيْنِ مِنْغَيْرِ الْفَرِيضَةِ ثُمَّ لِيَقُلْ:



Maksudnya: Jika salah seorang di antara kalian berkeinginan keras melakukan sesuatu, hendaklah dia mengerjakan solat dua rakaat yang bukan solat fardu kemudian membaca doa:



اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَخِيرُكَ بِعِلْمِكَ وَأَسْتَقْدِرُكَبِقُدْرَتِكَ وَأَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ الْعَظِيمِ



فَإِنَّكَ تَقْدِرُ وَلاَ أَقْدِرُ وَتَعْلَمُ وَلاَ أَعْلَمُ وَأَنْتَ عَلاَّمُالْغُيُوبِ



اللَّهُمَّ إِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ خَيْرٌ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي



أَوْ قَالَ: عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ



فَاقْدُرْهُ لِي وَيَسِّرْهُ لِي ثُمَّ بَارِكْ لِي فِيهِ



وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ شَرٌّ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي



أَوْ قَالَ: فِي عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ



فَاصْرِفْهُ عَنِّي وَاصْرِفْنِي عَنْهُ وَاقْدُرْ لِي الْخَيْرَ حَيْثُ كَانَ ثُمَّ أَرْضِنِي.


Maksudnya:

Ya Allah, sesungguhnya aku memohon petunjuk kepada-Mu dengan ilmu-Mu, memohon ketetapan dengan kekuasaan-Mu, dan aku memohon kurniaan-Mu yang sangat agung kerana sesungguhnya Engkau berkuasa sedang aku tidak berkuasa sama sekali, Engkau mengetahui sedangkan aku tidak, dan Engkau yang mengetahui hal yang ghaib.

Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa urusan ini (lalu menyebutkan secara langsung urusan yang dimaksudkan) lebih baik bagi diriku dalam agama, kehidupan dan akhir urusanku - atau mengucapkan: baik dalam waktu yang dekat mahupun yang akan datang - maka tetapkanlah ia bagiku dan mudahkanlah ia untukku. Kemudian, berikan berkah kepadaku dalam menjalankannya.

Jika Engkau mengetahui bahawa urusan ini buruk bagiku dalam agama, kehidupan dan akhir urusanku - atau mengucapkan: baik dalam waktu yang dekat mahupun yang akan datang - maka jauhkanlah urusan itu dariku dan jauhkanlah aku darinya, serta tetapkanlah yang baik itu bagiku di mana pun kebaikan itu berada. Kemudian, jadikanlah aku orang yang redha dengan ketetapan tersebut.



قَالَ: وَيُسَمِّي حَاجَتَهُ.



Maksudnya:

Baginda bersabda: Hendaklah dia menyebutkan apa yang dihajatkannya. – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Jumu’ah, no: 1162.
.

Sumber: https://ms.wikipedia.org/wiki/Solat_Sunat_Istikharah

Gallery: fb.me/NotaMotivasi - Koleksi Motivasi, Kata Mutiara dan Kata Minda.

Tuesday, January 23, 2018

[Doa] Memohon Petunjuk Jalan



.
[DOA PENUNJUK JALAN]
،اللَّهُمَّ أَرِنَا الْحَقَّ حَقًّا، وَارْزُقْنَا اتِّبَاعَهُ
،وَأَرِنَا الْبَاطِلَ بَاطِلاً، وَارْزُقْنَا اجْتِنَابَهُ
وَلَا تَجْعَلْهُ مُلْتَبِساً عَلَيْنَا فَنَضِلَّ، وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا


Bermaksud:


“Ya ALLAH, perlihatkanlah kepada kami yang benar itu benar, dan kurniakanlah kami untuk dapat mengikutinya. Dan perlihatkanlah kepada kami yang salah itu salah, dan kurniakanlah kami untuk dapat menghindarinya. Janganlah ENGKAU menjadikannya samar di hadapan kami sehingga kami tersesat. Dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa.”
.

Gallery: fb.me/NotaMotivasi - Koleksi Motivasi, Kata Mutiara dan Kata Minda.

Tuesday, January 16, 2018

[Tips] Perkara Yang Perlu Dilakukan Sebelum Jual Laptop




[CUCI BERSIH SEBELUM PINDAH MILIK]






1. Pernahkah anda memindah milik laptop atau portable storage anda kepada orang lain?






2. Pastikan anda cuci bersih harta benda ini sebelum memindah milik.






3. Sebelum mencuci, salin dahulu data yang penting untuk disimpan di tempat lain.






4. Bagi laptop, jalankan fungsi factory reset supaya laptop itu diformatkan semula dan dipasang sistem operasi Windows atau Mac sepertimana ia mula-mula keluar dari kilang.






5. Bagi portable storage seperti USB drive atau hard disk, formatkan semula alat-alat ini.






6. Sesetengah agensi kerajaan, syarikat dan orang perseorangan terlepas pandang hal ini. Maklumat rahsia mereka kemudiannya dijumpai oleh orang lain.






7. Akibatnya, maklumat ini disalahguna dan menjadi ancaman kepada pemilik asalnya.






Bertindaklah dengan bijak.






http://fb.me/NotaUsahawanDigital


[Motivasi] Yang Kecil Tak Mustahil Boleh Jadi Besar


.
Kisah ini berlaku di zaman Rasulullah S.A.W. Di sebuah kampung, terdapat seorang si fulan yang sedang nazak. Sahabat pun memanggil Rasulullah S.A.W untuk menziarahi beliau.
Setiba Rasulullah S.A.W di rumah si-fulan, ternyata keadaan beliau semakin nazak dan di saat sakaratul maut. Maka Rasulullah pun mengajar beliau mengucap dua kalimah shahadah. Ternyata si-fulan yang dalam keadaan nazak dapat menyebut dua kalimah shahadah dengan lancar.

Walau bagaimanapun, selepas si-fulan menyebut dua kalimah shahadah dengan keadaan nyawa-nyawa ikan, beliau sempat menyebut sesuatu yang berbunyi “ Sebiji kurma, Ambillah semua!, Sebiji kurma, Ambillah semua!” dan diulang perkataan itu, sehinggalah si-fulan itu menemui ajal.

Sahabat-sahabat di sekeliling yang melihat kejadian ini berasa hairan dan persoalan bermain dalam fikiran sahabat, apakah maksud yang diungkapkan si fulan yang nazak sebentar tadi? adakah sebiji kurma itu sangat penting baginya sehinggakan dalam nazak pun berusaha menyebut nya? adakah beliau ingin mewasiatkan sebiji kurma?? Atau adakah si fulan ingin memakan sebiji kurma sebagai hidangan terakhir? Lantaran lumrah manusia dalam keadan nazak dan menyebut-nyebut sesuatu, barangkali itu pekara yang sangat penting baginya,persoalan ini terus berlegar-legar di fikiran sahabat Rasulullah.

Selepas urusan memandikan, kafan dan pengkebumian mayat si fulan selesai, maka para-para sahabat menghampiri Rasulullah dan bertanya kepada Rasul mengapa sifulan yang sedang nazak tadi menyebut “Sebiji kurma, Ambillah semua!”?..

Maka Rasulullah pun memberi penjelasan dan terlebih dahulu baginda menyampaikan pesanan kepada para sahabat bahawa semua manusia akan dikalungkan dilehernya semua amalan-amalan yang dikerjakan semasa hidup, tidak kira samada amalan itu baik ataupun buruk, kecil ataupun besar, amalan itu akan dikalungkan dileher dan akan dibawa sebagai bekalan di akhirat kelak.

Kemudian Rasulullah pun terus menyambung, semasa waktu hidup si fulan ini, pada waktu bulan Ramadan, dan itu ketika hampir tiba waktu berbuka puasa, si-fulan itu hanya mempunyai sebiji kurma untuk berbuka puasa, apabila masuk sahaja waktu berbuka, tiba-tiba datang seorang fakir miskin yang yang tak mempunyai makanan untuk berbuka, maka fakir miskin itu meminta sedikit makanan daripada si-fulan, oleh kerana kasihan, maka dikerat kurma yang sebiji itu kepada dua bahagian dan diberikan separuh daripada bahagian kurma itu kepada fakir miskin tadi.
Bagaimanapun, dengan ketetapan Allah, umur si fulan itu singkat, dan pemberian separuh kurma kepada fakir miskin itu merupakan amalan sedekah si fulan yang terakhir dan apabila saat-saat diambang sikaratul maut si fulan, dengan izin Allah, beliau dapat melihat semua amalan kebajikan semasa hidupnya dikalungkan ke lehernya, dan tidak terkecuali amalan terakhir beliau iaitu bersedekah separuh dari sebiji kurma kepada fakir miskin untuk berbuka puasa.

Menyedari itulah amalan terakhir si-fulan yang dikalungkan di leher, maka timbullah rasa kesal yang amat sangat!!!. Sehinggakan si-fulan menyebut dengan nada kesal “sebiji kurma, ambillah semua!”, “Sebiji kurma, ambillah semua! di ambang sakaratul maut si fulan,,.. maka fahamlah semua sahabat-sahabat Rasulullah yang bermaksud, kalaulah sifulan itu tahu itu adalah amalan sedekah ( yang akan dikalongkan di leher) beliau yang terakhir, maka akan disedekahkan sebiji kurma itu, dan tak perlu dikerat dua.

.

Sumber: http://pimpin.ump.edu.my/index.php/ms/muat-turun/koleksi-buletin-sinar-jumaat/15-sinar-jumaat-11-16/file

[Tips] Padam Maklumat Anda Dengan Betul


1. Kadang-kadang kita terlepas pandang dengan maklumat elektronik yang kita telah padam, rupa-rupanya masih wujud!

2. Dokumen dalam komputer anda yang dipadam akan disimpan dalam Recycle Bin untuk beberapa ketika. Jika anda sudah muktamad mahu memadamkannya terus, masuk ke Recycle Bin dan padamkan dokumen tersebut.

3. Dokumen dalam Google Drive yang anda padam akan di simpan dalam Bin Folder. Jika anda sudah muktamad mahu memadamkannya terus, masuk ke Bin Folder dan padamkan dokumen tersebut.

4. Jika anda menggunakan komputer awam, komputer pinjam atau Cyber Cafe, pastikan anda kosongkan Recycle Bin sebelum meninggalkan komputer tersebut.

5. Jika anda menggunakan komputer awam, komputer pinjam atau Cyber Cafe dan anda telah melayari Internet menggunakan aplikasi Web Browser, pastikan anda telah padamkan Browser History dan maklumat Privacy yang lain. Pastikan juga anda sudah Logout dari Google, Facebook dan lain-lain.

6. Email yang anda padam akan turut disimpan dalam Trash Folder. Padam kandungannya jika anda sudah muktamad tidak perlukan email ini.

7. Laman web anda yang pernah anda guna dan padam pada suatu ketika dahulupun mungkin masih wujud lagi sekarang. Layari https://archive.org/ dan semak jika ia masih wujud.

Berhati-hatilah mengendalikan maklumat elektronik anda.

Monday, January 15, 2018

[Motivasi] Gelora Itu Lumrah Kehidupan


Ya Allah, sirnakan dari kami rasa sedih dan duka, dan usirlah
kegundahan dari jiwa kami semua.
Kami berlindung kepada-Mu dari setiap rasa takut yang mendera.
Hanya kepada-Mu kami bersandar dan bertawakal.
Hanya kepada-Mu kami memohon, dan hanya dari-Mu lah semua pertolongan.
Cukuplah Engkau sebagai Pelindung kami, kerana Engkaulah sebaik-baik Pelindung dan Penolong.
Dari buku Jangan Bersedih (La Tahzan)

Friday, January 12, 2018

Korban Teknologi Komputer


Pada suatu ketika dahulu mesin ini merupakan alat utama yang membantu menggerakkan organisasi kerajaan dan swasta. Bunyinya pasti meriuhkan bilik pejabat. Hari ini, bunyi itu tidak kedengaran lagi kerana digantikan dengan alat yang lebih canggih bernama komputer.

Gambar di atas adalah mesin taip jenama Brother. Ia adalah model terakhir yang dipasang di UK pada tahun 2012.

Sumber:
http://www.dailymail.co.uk/news/article-2235846/Oh-Brother-Last-typewriter-Britain-comes-production-line-companys-factory-million.html


Tuesday, January 9, 2018

[Tips] Langkah Jadikan Impian Sebagai Kenyataan



[TIPS JADIKAN IMPIAN SEBAGAI KENYATAAN]
1. Baca kisah kejayaan orang lain dalam bidang berkaitan.
2. Cari kawan-kawan yang boleh membantu anda capai kejayaan.
3. Elak orang-orang yang boleh melemahkan semangat anda.
4. Rancangkan peringkat-peringkat pencapaian sehingga anda capai kejayaan sepenuhnya. 
5. Beri ganjaran pada diri sendiri apabila anda lepasi peringkat2 ini. Ia akan beri anda lebih keyakinan.
6. Cari jalan untuk atasi kelemahan jika tak berjaya lepasi peringkat2 ini. Ubahsuai sasaran jika perlu.

Saturday, January 6, 2018

Anda boleh jadi Gagah atau Rebah dengan Smartfon


Waspada! Anda boleh jadi Gagah atau Rebah dengan alat ini.

Gunakan ia dengan bijak!

#NotaUsahawanDigital

Thursday, January 4, 2018

Makan Gaji Atau Bisnes, Mana Yang Utama?



Makan Gaji Atau Bisnes, Mana Satukah Yang Lebih Utama? 


Makan gaji atau menjadi usahawan? sebenarnya masing-masing ada kebaikannya jika ia dilakukan dengan amanah dan menuruti kehendak agama.

Namun sebahagian ulama berpendapat aktiviti perdagangan ini adalah satu bentuk pencarian rezeki yang paling utama. Dalam hadis dari Rafi' bin Khadij menyebutkan bahawa Rasulullah SAW bersabda

قِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَىُّ الْكَسْبِ أَطْيَبُ قَالَ عَمَلُ الرَّجُلِ بِيَدِهِ وَكُلُّ بَيْعٍ مَبْرُورٍ 

yang bermaksud,

“Ada yang bertanya pada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam: “Wahai Rasulullah, mata pencaharian apakah yang paling baik?” Beliau bersabda, “Pekerjaan seorang laki-laki dengan tangannya sendiri dan setiap jual beli yang mabrur (diberkahi).” (HR. Ahmad, Ath Thobroni, dan Al Hakim. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shahih)

Kegiatan perdagangan juga disebutkan dalam Al Quran iaitu firman Allah

وَأَحَلَّ اللَّهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَا

yang bermaksud,


“Padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba.” (QS. Al Baqarah: 275)

Seterusnya hadis dari Jabir bin ‘Abdillah menyebutkan bahawa Rasulullah SAW bersabda

رَحِمَ اللَّهُ رَجُلاً سَمْحًا إِذَا بَاعَ ، وَإِذَا اشْتَرَى ، وَإِذَا اقْتَضَى

yang bermaksud,


“Semoga Allah merahmati seseorang yang bersikap mudah ketika menjual, ketika membeli dan ketika menagih haknya (utangnya).” (HR. Bukhari no. 2076)

Yang dimaksud dengan “setiap jual beli yang mabrur (diberkahi)” adalah setiap jual beli yang diberi pahala di dalamnya atau secara syar’i, jual beli tersebut adalah jual beli yang sah, tidak ada penipuan di dalamnya, tidak ada khianat dan di dalamnya terdapat kemanfaatan bagi orang banyak dengan menyediakan hal-hal yang mereka perlukan. Demikian dijelaskan oleh Al Munawi.


Sumber : https://rumaysho.com/1036-meraih-berkah-menjadi-pebisnis-muda.html

Panduan Bergambar Cara2 Daftar Akaun Google


.

Panduan Bergambar Cara2 Daftar Akaun Google

1. Cari butang aplikasi pada Home Screen

2. Cari ikon Settings.

Kebiasaannya ikon tersebut menggunakan simbol gear,

3. Cari pautan Accounts.

4. Pilih Add Account

5. Pilih Google.

6. Tunggu Android semak maklumat.

7. Pilih Create a new account.

8. Masukkan maklumat nama anda.

9. Masukkan nama untuk akaun Google anda.

9a. Catatan tambahan: Nama anda mestilah panjangnya 6 hingga 30 karakter.

9b. Catatan tambahan: Nama pilihan anda mungkin sudah digunakan oleh orang lain. Cuba ubahsuai nama tersebut sehingga Google mengesahkan nama itu boleh didaftarkan.

10. Masukkan Password pilihan anda.

10a. Pastikan anda memasukkan password yang sama sebanyak dua kali.

10b. Pastikan anda menggunakan kombinasi karakter yang sah dan kuat (sukar diteka).

11. Masukkan nombor telefon smartfon anda.

Jika anda fikir ini mendedahkan anda pada risiko, anda boleh langkau langkah ini.

12. Nyatakan anda setuju dengan syarat perkhidmatan Google.

13. Cubaan login kali pertama.

14. Tunggu Google menyemak maklumat login anda.

15. Nyatakan pilihan untuk terima makluman terkini dari Google.

Jika anda fikir tidak perlu mengetahui makluman terkini, anda boleh langkaui langkah ini.

16. Nyatakan pilihan untuk memberikan maklumat kad kredit/debit.

Jika anda fikir maklumat ini tidak perlu diberikan, anda boleh langkaui langkah ini.

17. Tunggu Email pertama (aluan) dari Google.

Ikon notifikasi akan muncul pada bahagian kiri atas skrin smartfon anda.
Leretkan jari anda dari tepian atas skrin ke arah bawah.
Anda akan melihat paparan ringkasan maklumat notifikasi.
Klik/Tap paparan tersebut.

18. Aplikasi Email akan memaparkan kandungan Email tersebut.

Tamat.

.

Kisah Kejayaan Mencipta Kapal Terbang



Kedua-dua adik-beradik Wright menerima pendidikan sekolah tinggi, tetapi tidak memperoleh diploma. Mereka dibesarkan di Dayton (tetapi juga pernah tinggal di Iowa dan Indiana selama beberapa tahun) di mana mereka membuka sebuah syarikat percetakan dan untuk satu tempoh yang singkat, menerbitkan mingguan dan surat khabar. Kemudian pada tahun 1892, mereka membuka sebuah syarikat untuk membaiki, mereka bentuk, dan mengilang basikal (Syarikat Basikal Wright). Mereka mempergunakan usaha ini untuk membiayai minat penerbangan mereka yang semakin mendalam. Pada awal atau pertengahan 1890-an, mereka terbaca rencana-rencana dalam surat khabar atau majalah dan mungkin juga gambar-gambar foto tentang luncuran Otto Lilienthal yang dramatik di negara Jerman.

Tahun 1896 membawa tiga peristiwa penerbangan yang penting:

Pada Mei, Samuel Langley, Setiausaha Institusi Smithson, berjaya menerbangkan sebuah kapal terbang model tanpa manusia yang menggunakan kuasa stim.

Pada musim panas, Oktaf Chanute, seorang jurutera Chicago, menghimpunkan beberapa peminat penerbangan yang muda untuk menguji pelbagai jenis peluncur di gumuk pasir pada sepanjang pesisir Tasik Michigan.

Pada Ogos, Lilienthal terbunuh ketika membuat penerjunan peluncurnya.

Peristiwa-peristiwa ini tertanam kukuh dalam fikiran adik-beradik Wright itu.

Pada Mei 1899, Wilbur menyurat kepada Institusi Smithson untuk memperoleh maklumat-maklumat dan terbitan-terbitan mengenai penerbangan. Menggunakan hasil daripada kerja-kerja Sir George Cayley, Chanute, Lilienthal, Leonardo da Vinci, dan Langley, mereka memulakan uji kaji penerbangan mekanik pada tahun itu. Kedua-dua adik-beradik melanjutkan teknologi penerbangan melalui penegasan kawalan kapal terbang dan bukan penambahan kuasa. Mereka memperkembangkan kawalan tiga paksi yang merupakan prinsip asas untuk penerbangan yang masih digunakan pada hari ini.

Diekstrak dari: https://ms.wikipedia.org/wiki/Wright_bersaudara

Cita-cita bermula dari imaginasi


#NotaTatih

Cita-cita bermula dari imaginasi.
Terokalah imaginasi anda!

#SerlahkanPotensiAnda

Tuesday, January 2, 2018

Apakah Pilihan Email Percuma Terbaik 2018?

Mereka telah menghabiskan masa selama 120 jam untuk menguji beberapa produk Perkhidmatan Email percuma. Hasilnya?


Perkhidmatan Email adalah alat perhubungan asas dalam Internet. Pada hari ini terdapat beberapa penyedia Perkhidmatan Email percuma yang bersaing sesama mereka untuk mendapatkan jumlah pengguna teramai. Yang mana satukah yang terbaik?


Laman TopTenReviews telah menghabiskan masa selama 120 jam untuk menguji beberapa produk Perkhidmatan Email percuma. Hasilnya, seperti berikut.



Daripada paparan di atas, kita boleh melihat bahawa tiga pesaing teratas adalah Gmail (Google), diikuti oleh, Yahoo dan Outlook (Microsoft).

Secara umumnya, aspek penting yang perlu dipertimbangkan apabila kita mahu memilih sesuatu produk perkhidmatan email adalah seperti berikut:

1) Kemudahan menulis email (Composition Tools)

Apabila menulis email, kita perlukan bantuan untuk mengubahsuai format teks, memasukkan lampiran seperti gambar atau dokumen elektronik yang lain.

2) Kemudahan menyimpan dan mencari email (Inbox & Folders)

Setiap email yang dihantar atau diterima perlu disimpan menggunakan kaedah yang cekap supaya kita boleh mencari (search) atau menyisih (sort) pada masa hadapan.

3) Kemudahan perlindungan keselamatan (Security Tools)

Terdapat beberapa risiko keselamatan yang perlu ada pada sesebuah perkhidmatan email iaitu:

a) Kawalan akses ke akaun email; Hanya pengguna yang sah sahaja yang boleh mengakses akaun. Sistem perlu membantu pengguna membuat tetapan password yang sukar diteka. Pengguna mestilah menyertakan maklumat akses tambahan seperti Email lain atau nombor smartfon sebagai "backup" sekiranya akaun email digodam dan sebagainya.

Berdasarkan tiga aspek utama ini serta aspek-aspek lain yang telah mereka senaraikan, TopTenReviews membuat kesimpulan bahawa Gmail adalah pilihan yang terbaik.

Rujukan:

http://www.toptenreviews.com/services/internet/best-free-email-services/