Saturday, December 16, 2017

Sabar! Tetikus pun ambil masa selama 20 tahun untuk jadi alat berguna

Bermula dari kajian makmal, Tetikus akhirnya menjumpai jalan keluar ke dunia komersil setelah melalui tempoh dua dekad. 

Idea awal tentang tetikus (mouse) bermula pada tahun 1965. Ketika itu masih dalam bentuk kertas kajian. Seorang saintis bernama Douglas Engelbart kemudiannya berjaya menghasilkan produk contoh pada tahun 1968. Pada ketika itu, alat ini bukan tumpuan utama beliau kerana ia sekadar satu komponen kecil dari projeknya yang lebih besar.

Idea ini kemudiannya dikembangkan oleh sebuah pusat kajian milik syarikat pengeluar mesin cetak Xerox bernama PARC (Palo Alto Research Center). Ketika itu PARC mempunyai dana yang besar. Para penyelidiknya bebas meneroka dan membangunkan apa sahaja. Maka terhasillah sistem komputer yang pertama menggunakan tetikus yang mempunyai tiga butang. Tapi kos tetikus itu sahaja mencecah 300 dollar. Sistem ini canggih tapi tak mungkin akan terjual di pasaran orang awam jika tetikus pun semahal itu.

Pada tahun 1979, seorang usahawan bernama Steve Jobs telah mendapat peluang melawat PARC. Di sana beliau terlihat sistem komputer yang menggunakan tetikus itu. Beliau lalu mendapat idea baru dan mula membangunkan idea itu bersama pasukannya.

Pada tahun 1985, Steve Jobs memasarkan sistem komputer peribadi bernama Macintosh. Ia hanya mempunyai satu butang tetapi cukup fungsinya untuk digunakan bersama komputer. Lebih menarik lagi, kosnya berjaya diturunkan kepada 15 dollar sahaja.

Dan selepas itu Tetikus mula menjadi satu alat penting dalam dunia teknologi maklumat sehingga ke hari ini.

Pengajaran:
1. Saintis mencipta inovasi
2. Penyelidik meneroka potensi inovasi
3. Usahawan merealisasikan inovasi sebagai produk

Sumber:
- https://en.wikipedia.org/wiki/Computer_mouse
- https://www.newyorker.com/magazine/2011/05/16/creation-myth