Thursday, December 14, 2017

Pelbagaikan Tajuk dan Kandungan Artikel Anda


Artikel yang anda tulis dan siar di dalam Dunia Web melalui Rangkaian Internet boleh dicari dan ditemui oleh pembaca dalam pelbagai cara.  Sebaiknya semasa menulis tajuk dan kandungan artikel anda, fikirkan bagaimana pengguna Internet akan mencari artikel anda kelak.

Antara petua mudah yang dicadangkan oleh Link-Assistant.com di dalam artikelnya bertajuk 'Google's Top Warnings & Tips to SEOs in 2017' adalah menulis ayat yang berbentuk "conversational" iaitu ayat pertuturan. Ayat yang berbentuk pertuturan ini pula hakikatnya "subjektif"; pengguna yang datang dari latarbelakang geografi, loghat dan pendidikan berbeza mungkin menuturkan perkataan berbeza walaupun konteksnya sama.

Sebagai penyelesaiannya, kita boleh cuba pelbagaikan tajuk artikel bagi konteks dan kandungan yang sama dan perhatikan kombinasi perkataan mana yang akhirnya menjadi pilihan pengguna.

Dalam kes saya, saya telah mencuba tiga tajuk iaitu:

1. Beza Data dan Maklumat
2. Perbezaan Data dan Maklumat
3. Apakah Perbezaan Data dan Maklumat

Tajuk-tajuk ini kemudiannya saya siarkan di tiga blog yang berbeza milik saya. Hasilnya (bertarikh 14 Dis 2017) adalah seperti di bawah:


Apa yang dapat diperhatikan dari paparan di atas adalah:

1. Ayat yang ditulis telah mengambilkira faktor "conversational". Apabila ketiga-tiga tajuk itu keluar di halaman pertama hasil carian Google, ia memberi petunjuk bahawa faktor ini memainkan peranan penting.

2. Tajuk no.1 memberikan kelebihan berbanding tajuk no.2 dan no.3 kerana ia juga subset kepada tajuk no.2 dan no.3.

3. Kandungan bagi tajuk no.1 adalah lebih panjang dan menyeluruh berbanding no.2 dan no.3. Kandungan yang panjang dan menyeluruh juga memainkan peranan penting kerana Google mengutamakan artikel yang membantu pengguna mencapai objektif carian (dalam kes ini, mereka ingin mencari artikel yang memberi kefahaman tentang topik yang dicarinya). Kebetulan ada pengunjung yang memberikan komen "trm ksh di atas pencerahan". Secara tidak langsung, komen juga membantu menguatkan lagi "rating" bagi sesebuah artikel.

Anda juga boleh mencuba kaedah ini. Pelbagaikan tajuk dan perhatikan sambutan pengguna Internet.


Rujukan:

https://www.link-assistant.com/news/google-warnings-2017.html

https://neilpatel.com/blog/improve-google-rankings-without-getting-penalized/

https://www.smartinsights.com/search-engine-optimisation-seo/seo-strategy/top-seo-tips-2016/ (Menarik: Perhatikan urlnya "top-seo-tips-2016" sedangkan tajuknya "Top SEO tips for 2017" ! )