Sunday, December 10, 2017

Apa Strategi Air Asia Lantik Neelofa Sebagai Pengarahnya?

Adakah perlantikan Neelofa suatu petunjuk bagi trend bisnes untuk tahun 2018?

Ketika mengumumkan pelantikan Neelofa sebagai Pengarah Bebas Air Asia Berhad pada 8hb Disember 2017, CEO Air Asia Group, Tony Fernandes memberi komen terhadap Neelofa sebagai "ikon yang pintar, muda dan berdikari". 

Tony juga memuji Neelofa dengan menyebut "Reputasi beliau sebagai ahli perniagaan terkemuka Malaysia yang turut dinamakan oleh Forbes di bawah 30, mempunyai rekod yang tersendiri memperjuangkan wanita dalam perniagaan adalah inspirasi kepada kami".

Ini bukanlah kali pertama seorang ikon selebriti dipilih sebagai Pengarah dalam Kumpulan Air Asia. Empat bulan lepas, pada tarikh haribulan yang sama, Tony juga telah memilih seorang selebriti bernama Raline Shah untuk menjadi Pengarah Bebas bagi Air Asia Indonesia. (Adakah Tony penggemar angka 8?). Tony memuji beliau dengan berkata "Bijak kreatif rendah diri".



Dalam kedua-dua peristiwa, Tony telah bergambar bersama mereka dan memuatnaik berita pelantikan itu melalui akaun instagramnya. 

Jika anda membuat carian Google, kedua-dua Neelofa dan Raline Shah mempunyai jutaan pengikut.




Adakah ini strategi pemasaran Air Asia menjelang tahun 2018?

Apapun, pemasaran melalui Instagram bukan satu perkara baru. Telah ramai yang melakukannya dan berjaya. Persaingan merebut perhatian pengguna Instagram juga menjadi semakin sengit.

Bagi mereka yang mahu menyertai perlumbaan dalam pemasaran Instagram terutamanya pada tahun 2018, Collabary.com mencadangkan kita memberi perhatian terhadap 3 perkara berikut bagi tahu:

1. Glittering dan Sparkling - tambah kesan kilau pada imej anda.
2. Maximalism - perbanyakkan gaya.
3. Chic In A Shack - guna objek kebiasaan dalam kehidupan seharian.


Sumber:

1)https://www.thestar.com.my/news/nation/2017/12/08/neelofa-airasia-non-executive-director/

2)https://www.thestar.com.my/news/nation/2017/08/08/actress-raline-shah-appointed-as-airasia-indonesia-director/

3)https://www.collabary.com/blog/3-instagram-trends-2018/

4)http://soyougrow.com/instagram-trends-2018/