Wednesday, December 13, 2017

Apa perasaan anda sebagai penulis jika motif penulisan anda dibongkar oleh penulis lain?

Ada strategi dalam strategi berkenaan tajuk "Pemasaran Di Zaman Media Sosial" (Marketing In The Age Of Social Media).


Apa perasaan anda sebagai penulis jika motif penulisan anda dibongkar oleh penulis lain?

Majalah Harvard Business Review edisi Mac 2016 telah memilih tajuk "Pemasaran Di Zaman Media Sosial". Penulisnya mengupas panjang lebar bagaimana strategi pemasaran syarikat korporat gagal kerana mereka tidak faham senario sebenar dunia Media Sosial lalu mengambil pendekatan yang tidak kena dengan senario itu. (baca artikel penuh di sini). 

Penulis mencadangkan pembaca mengkaji konsep "crowd culture" iaitu satu budaya yang dibentuk secara berkumpulan. Dalam bahasa mudahnya, budaya itu dibentuk oleh pengguna Media Sosial bersama-sama melalui interaksi hariannya. Rumus penulis, strategi pemasaran yang berjaya adalah strategi yang mengikuti dan mencelah interaksi pengguna Media Sosial, bukannya mempengaruhi dan memaksa mereka untuk menerima nilai produk yang cuba diketengahkan oleh syarikat. 

Artikel ini dikritik oleh seorang pakar pemasaran bernama Kevin York yang menuduh penulisnya mempunyai niat tersirat untuk mempromosikan konsep "crowd culture" yang kebetulan menjadi fokus syarikat perundingan miliknya. (baca artikel penuh di sini)


Artikel tulisan Kevin York agak menarik juga. Kata beliau, konsep pemasaran yang berjaya itu mudah sahaja. Baca di sini, Strategi Pemasaran Di Zaman Media Sosial.