Friday, December 15, 2017

5 Sifat Orang Berjaya

Bukan mudah untuk memulakan sesuatu perkara yang diimpikan. Tetapi jika kita tidak memulakannya, kita langsung tidak berpeluang untuk melihat kesudahannya. 

5 Sifat Orang Berjaya


Bukan mudah untuk memulakan sesuatu perkara yang diimpikan. Tetapi jika kita tidak memulakannya, kita langsung tidak berpeluang untuk melihat kesudahannya. Maka, ambil peluang yang datang dan berusaha untuk realisasikan impian anda. Itulah sifat usahawan yang berjaya.

Kebanyakannya mempunyai ciri-ciri yang sama seperti berikut:

1. Mampu menjayakan ideanya.


Ramai orang boleh berbicara tentang ideanya ie apa yang mahu dilakukannya. Anda boleh jadi terkasima mendengarnya. Namun tidak ramai yang berjaya menterjemahkan idea itu kepada kenyataan.

Jika pada masa lalu anda pernah menjayakan sesuatu idea sehingga nampak hasilnya, anda sudah mempunyai ciri usahawan berjaya yang pertama.

2. Menghayati tindakannya sepenuh hati.


Orang yang menghayati sesuatu perkara dengan sepenuh hati adalah orang mendapat kepuasan dari apa yang dicuba dan diusahakannya. Setiap butir rancangan dan tindakan yang dilakukannya difikir dengan sedalam mungkin dan dilaluinya dengan penuh keseronokan. Keseronokan ini menenggelamkan rasa payah dan perit ketika menghadapi cabaran menjayakan idea.

3. Cekal lalui jatuh bangun kehidupan.


Tidak semua perkara yang kita mahu capai akan berjaya masuk ke genggaman kita. Takdir itu ketentuan Tuhan.

Namun, usahawan yang berjaya melihat Takdir dari sudut positif. Jika berjaya, dia bersyukur dan berusaha untuk maju lagi. Sebaliknya, jika belum berjaya, dia tabah mengambil takdir ini sebagai satu proses mematangkan dirinya.

4. Suka belajar dan perbaiki diri.


Kehidupan ini adalah suatu perjalanan. Kita akan sentiasa bertemu dengan perkara dan cabaran yang baru. Usahawan yang berjaya adalah mereka yang sentiasa terbuka untuk belajar sesuatu yang baru dan perbaiki kelemahan dirinya. Mereka berterusan meneroka peluang dan mengubah pendekatan mengikut arus masa.

5. Berani mengambil risiko.


Kesemua perkara di atas memerlukan keberanian. Hanya orang berani sahaja yang mengambil keputusan mencuba sesuatu yang baru, menghayati tindakannya sepenuh hati, tabah menerima takdir dan bersedia untuk berubah.

Jika anda punyai ciri-ciri ini, anda sudahpun melangkah setapak untuk menjadi usahawan yang berjaya!



Disesuaikan dari "5 Signs You Have What It Takes to Be an Entrepreneur" https://www.entrepreneur.com/article/271217