Thursday, August 24, 2017

[TIPS] Menulis Tajuk Yang Mencapai Rating Tinggi


.
Bayangkan bagaimana pengguna mencari tajuk artikel anda
Tajuk adalah elemen terpenting bagi sesebuah artikel. Ia adalah elemen permulaan yang akan dicari dan dinilai pembaca sebelum mereka melihat elemen lain seperti gambar atau petikan.
Untuk memudahkan pengguna mencari artikel anda, fikirkan perkataan-perkataan yang mungkin timbul di fikiran mereka ketika membuat carian samada melalui Google atau Facebook. Gunakan perkataan yang biasa digunakan dalam bidang yang anda tulis. Elakkan perkataan yang jarang digunakan atau istilah paras tinggi yang mungkin wujud dalam bidang tersebut tetapi kurang digunakan.
Fokus utama kita menyediakan tajuk adalah untuk memudahkan pembaca mencari dan mendapat gambaran keseluruhan tentang apa yang kita tulis. Oleh itu pilihlah tajuk yang mudah difahami pembaca dan bukan tajuk yang kita seorang sahaja faham atau suka.
Di bawah ini adalah contoh tajuk yang saya sediakan bagi kandungan teknikal untuk blog www.Programming-Steps.blogspot.com (Perhatikan tajuknya yang sudah memberi gambaran tentang kandungan blog tersebut)
Tajuk-tajuk yang digunakan adalah ringkas sahaja. Tajuk yang ringkas akan lebih mudah dijumpai kerana perkataan-perkataan yang digunakan hampir menyamai apa yang terlintas untuk ditaip oleh pengunjung di dalam Carian Google atau Facebook.
Jika anda lawat artikel bertajuk Hello World Program Flow Chart, anda akan dapati kandungannya sedikit sahaja. Pengajarannya, tajuk yang ‘power’ berupaya menarik perhatian pembaca dan menaiki ranking Carian Google. (Tajuk ini menduduki tempat pertama bagi jumlah keseluruhan artikel carian sebanyak 1,470,000 bertarikh 24 Ogos 2017).

Saya dapati laman aplikasi diagram Creately.com cuba mengambil kesempatan di atas populariti artikel ini dengan menyelitkan pautan kepada www.creately.com dalam komen seorang pengunjung. (Lihat screenshot di bawah). Nakal juga mereka ini.😂

Tajuk artikel kedua iaitu Modular Program Flow Chart menduduki tempat pertama dalam ranking Carian Google dari sejumlah 6,210,000 artikel yang berkaitan bertarikh 24 Ogos 2017. Setiap perkataan dalam tajuk ini mempunyai pemberatnya (kerap dicari) maka sebab itu jumlah artikel yang berkaitan sangat tinggi.
Jika anda perhatikan tajuk artikel ketiga pula iaitu Edit Array Values Program Flow Chart, sebenarnya ia adalah gabungan dua tajuk iaitu  “Edit Array Values” dan “Program Flow Chart”. Pengajarannya, tajuk bagi artikel yang disiarkan di Internet tidak semestinya tajuk yang lengkap atau sempurna tatabahasanya. Perkataan kata sendi seperti “and” atau “the” dan simbol seperti “,” atau “:” atau “;” akan disisihkan oleh Enjn Carian. Asalkan perkataan atau frasa itu munasabah untuk dicari dan difahami, ia akan mudah menaiki ranking Carian Google. (Tajuk ini menduduki tempat pertama bagi jumlah keseluruhan artikel carian sebanyak 2,650,000 bertarikh 24 Ogos 2017).
.