Thursday, August 24, 2017

[TIPS] Menulis Tajuk Yang Mencapai Rating Tinggi


.
Bayangkan bagaimana pengguna mencari tajuk artikel anda
Tajuk adalah elemen terpenting bagi sesebuah artikel. Ia adalah elemen permulaan yang akan dicari dan dinilai pembaca sebelum mereka melihat elemen lain seperti gambar atau petikan.
Untuk memudahkan pengguna mencari artikel anda, fikirkan perkataan-perkataan yang mungkin timbul di fikiran mereka ketika membuat carian samada melalui Google atau Facebook. Gunakan perkataan yang biasa digunakan dalam bidang yang anda tulis. Elakkan perkataan yang jarang digunakan atau istilah paras tinggi yang mungkin wujud dalam bidang tersebut tetapi kurang digunakan.
Fokus utama kita menyediakan tajuk adalah untuk memudahkan pembaca mencari dan mendapat gambaran keseluruhan tentang apa yang kita tulis. Oleh itu pilihlah tajuk yang mudah difahami pembaca dan bukan tajuk yang kita seorang sahaja faham atau suka.
Di bawah ini adalah contoh tajuk yang saya sediakan bagi kandungan teknikal untuk blog www.Programming-Steps.blogspot.com (Perhatikan tajuknya yang sudah memberi gambaran tentang kandungan blog tersebut)
Tajuk-tajuk yang digunakan adalah ringkas sahaja. Tajuk yang ringkas akan lebih mudah dijumpai kerana perkataan-perkataan yang digunakan hampir menyamai apa yang terlintas untuk ditaip oleh pengunjung di dalam Carian Google atau Facebook.
Jika anda lawat artikel bertajuk Hello World Program Flow Chart, anda akan dapati kandungannya sedikit sahaja. Pengajarannya, tajuk yang ‘power’ berupaya menarik perhatian pembaca dan menaiki ranking Carian Google. (Tajuk ini menduduki tempat pertama bagi jumlah keseluruhan artikel carian sebanyak 1,470,000 bertarikh 24 Ogos 2017).

Saya dapati laman aplikasi diagram Creately.com cuba mengambil kesempatan di atas populariti artikel ini dengan menyelitkan pautan kepada www.creately.com dalam komen seorang pengunjung. (Lihat screenshot di bawah). Nakal juga mereka ini.😂

Tajuk artikel kedua iaitu Modular Program Flow Chart menduduki tempat pertama dalam ranking Carian Google dari sejumlah 6,210,000 artikel yang berkaitan bertarikh 24 Ogos 2017. Setiap perkataan dalam tajuk ini mempunyai pemberatnya (kerap dicari) maka sebab itu jumlah artikel yang berkaitan sangat tinggi.
Jika anda perhatikan tajuk artikel ketiga pula iaitu Edit Array Values Program Flow Chart, sebenarnya ia adalah gabungan dua tajuk iaitu  “Edit Array Values” dan “Program Flow Chart”. Pengajarannya, tajuk bagi artikel yang disiarkan di Internet tidak semestinya tajuk yang lengkap atau sempurna tatabahasanya. Perkataan kata sendi seperti “and” atau “the” dan simbol seperti “,” atau “:” atau “;” akan disisihkan oleh Enjn Carian. Asalkan perkataan atau frasa itu munasabah untuk dicari dan difahami, ia akan mudah menaiki ranking Carian Google. (Tajuk ini menduduki tempat pertama bagi jumlah keseluruhan artikel carian sebanyak 2,650,000 bertarikh 24 Ogos 2017).
.

Saturday, August 19, 2017

Isu Nama Domain Hampir Serupa


.
Kes ini hampir sama dengan kes yang berlaku kepada sahabat saya Hasrizal Jamil yang mengendalikan blog www.saifulislam.com pada satu ketika dahulu.


Hari ini saya terjumpa satu blog yang memakai nama MariaFirdz. Saya menyangka sahabat saya Maria dan Firdaus sudah menukar nama baru mereka dari laman asal http://www.mariafirdaus.com.my/ kepada  http://www.mariafirdz.com/ . Tapi rupa-rupanya laman asal masih ada dan masih memaparkan dengan tepat segala maklumat mereka.

Sebaliknya laman MariaFirdz pula merahsiakan diri mereka sekadar memberitahu maklumat seperti berikut:




Serupa tapi tak sama rupa-rupanya. Barangkali berlaku secara kebetulan.

Kes ini hampir sama dengan kes yang pernah berlaku kepada sahabat saya Hasrizal Jamil yang mengendalikan blog www.saifulislam.com. Kebetulan selepas itu muncul pula satu laman web lain yang bernama www.saifulsham.com. Hari ini www.saifulsham.com sudah tidak wujud lagi tetapi anda boleh melihat screenshot laman mereka di Internet Archive (klik).






Tidak ada masalah dengan nama yang hampir serupa jika ia berlaku secara kebetulan. Yang menjadi masalah jika salah satu daripadanya mengambil kesempatan di atas populariti nama tersebut. Dalam bidang pengajian e-commerce, terdapat beberapa kes popular seperti www.juliaroberts.com, www.airfrance.com dan www.arifrance.com serta www.disney.com dan www.dinsey.com. Kes seperti ini digelar Cyber Squatters.

Tuesday, August 8, 2017

Keburukan Komputer


.
1. Ketagihan. Penggunaan komputer yang melampau boleh mengakibatkan ketagihan. Ada pengguna yang ketagih bermain computer games, ada yang ketagih menonton video, ada yang ketagih bekerja dan sebagainya.

2. Anti sosial. Penggunaan komputer yang melampau boleh membuatkan pengguna seronok menghabiskan masa dengan komputer dan kurang berinteraksi dengan manusia lain.

3. Melanggar hak privasi manusia. Perkongsian maklumat melalui komputer boleh membawa risiko kebocoran maklumat iaitu maklumat disebarkan kepada penerima yang tidak dikehendaki. Ia boleh membawa kesudahan buruk terhadap diri seseorang.

4. Risiko kesihatan. Penggunaan komputer yang melampau boleh membawa risiko kesihatan pada mata, jari, tulang belakang atau anggota badan yang lain.

5. Risiko pengangguran Penggunaan komputer yang meluas di pejabat atau kilang boleh mengakibatkan peranan manusia digantikan oleh komputer atau robot. Ia akan menaikkan kadar pengangguran.

Kelebihan menggunakan komputer


.
1. Pantas. Komputer menggunakan litar elektronik. Oleh itu data, arahan dan maklumat dapat bergerak dan diproses dengan pantas dengan kada trillion operasi sesaat.

2. Kebolehbergantungan (English:Reliability). Komputer menjalankan operasi mengikut arahan yang berdasarkan algoritma atau formula yang telah ditetapkan. Ia akan menghasilkan output yang boleh dipercayai.

3. Konsisten (English:Consistent). Komputer memproses data menggunakan kaedah aritmetik dan logik. Kaedah aritmetik dan logik adalah konsisten sepanjang masa.

4. Ruang simpanan yang besar. Secara perbandingan, sekeping cip storan elektronik mampu menyimpan berjuta imej imbasan helaian kertas yang mungkin akan memerlukan sebuah bilik yang besar untuk menyimpan kertas-kertas ini.

5. Komunikasi.  Komputer pada hari ini dilengkapi dengan pelbagai peranti komunikasi seperti serial port, vga/hdmi port, usb port, bluetooth port, lan port dan wifi port. Ia membolehkan sesebuah komputer berkomunikasi dengan komputer lain dengan mudah.