Sunday, May 15, 2016

Maksud DSLR Dial Modes


.
Maksud DSLR Dial Modes
1) DSLR Dial Modes bermaksud Pendail Mod yang berada pada Kamera DSLR yang menetapkan bagaimana proses rakaman foto akan dilakukan oleh kamera.
2) Kebanyakan pengeluar Kamera DSLR membahagikan pendail mod kepada dua bahagian; satu bahagian untuk pilihan Automatik manakala satu bahagian lagi untuk pilihan Manual.
3) Pilihan Automatik kebiasaannya merangkumi:
3.1) Portrait - Digunakan untuk merakam sesuatu objek dan menjadikan objek lain di belakangnya kabur.
3.2) Landscape - Digunakan untuk merakam pemandangan menjadikan keseluruhan imej tajam.
3.3) Action - Digunakan untuk merakam objek yang bergerak.
3.4) Close-Up - Digunakan untuk merakam objek berada hampir dengan kamera.
3.5) Night - Digunakan untuk merakam gambar di waktu malam.
4) Pilihan Manual kebiasaannya merangkumi
4.1) Aperture Priority - Keutamaan kepada kawalan jumlah cahaya yang masuk ke dalam kamera.
4.2) Shutter Priority - Keutamaan kepada kawalan kelajuan Shutter pada kamera.
43) Program - Pengguna boleh menentukan beberapa tetapan dan selebihnya dikawal oleh kamera.
5) Mod Automatik digunakan untuk:
5.1) Menjadikan Kamera DSLR berfungsi seperti kamera biasa.
5.2) Mengambil gambar segera.
5.3) Mendapatkan tetapan berdasarkan pengiraan automatik terhadap keperluan Exposure Value yang sesuai. Kamera akan menyimpan nilai tetapan bagi setiap gammbar foto yang diambil. Nilai ini menjadi rujukan yang dapat membantu pengguna apabila menggunakan kaedah Manual kelak. Nilai ini dipanggil EXIF Data.

Baca selanjutnya: http://www.digital-slr-guide.com/dslr-mode-dial.html


.
LATIHAN:

1) Periksa kamera anda dan perhatikan mod penggambaran yang ada padanya.

2) Apakah mod penggambaran yang anda suka? kenapa?


.

Komponen Utama Kamera DSLR


.
Kenali Komponen Utama Kamera DSLR
1) Secara konsepnya, Kamera DSLR mempunyai komponen luar (boleh dilihat tanpa perlu membuka kamera) seperti berikut:
1.1) Lens - Komponen yang mempunyai kanta yang dipasang pada bahagian hadapan kamera untuk menghalakan tumpuan pada objek foto.
1.2) Aperture - Komponen yang mengawal jumlah cahaya yang masuk ke dalam Lens.
1.3) Shutter Release - Komponen tombol yang kebiasaannya bercirikan half-press (tekan separuh untuk fokus) dan full-press (tekan penuh untuk rakam).
1.4) View Finder - Komponen tinjau untuk membolehkan pengguna memerhati objek foto.
1.5) LCD Monitor - Komponen paparan untuk membolehkan pengguna melihat foto dan paparan visual yang lain.
1.6) Flash Light Plug - Komponen plug untuk meletakkan Flash Light.
1.7) Tripod Plug - Komponen plug untuk meletakkan tripod
1.8) Memory Slot - Komponen untuk memasukkan Memory Card.
1.9) Battery Slot - Komponen untuk memasukkan Battery.

2) Secara praktisnya, Kamera DSLR mempunyai pendail mod (dial modes) untuk membolehkan pengguna menentukan kaedah melaraskan kawalan ke atas proses rakaman foto. Walaupun simbol yang digunakan berbeza dari satu jenama ke jenama yang lain, fungsi yang disediakan hampir sama.

.
LATIHAN:

1) Terangkan aliran kerja (workflow)  yang anda lakukan setiap kali mengambil gambar foto.

2) Bagaimanakah anda memastikan setiap komponen kamera anda berada dalam keadaan baik?

.

DSLR terbaik untuk mula belajar


.
Kamera DSLR Terbaik Untuk Mula Belajar
1) Rujuk penulisan Internet seperti http://www.cnet.com/topics/cameras/best-digital-cameras/dslr-for-beginners/ untuk mendapatkan maklumat tinjauan ke atas produk Kamera DSLR di pasaran.
2) Sekiranya anda mempunyai rakan-rakan jurufoto profesional atau hobi, perhatikan jenama yang mereka guna supaya anda mudah bertukar maklumat dan pengalaman menggunakan jenama yang sama.
3) Pastikan kamera tersebut menyediakan fungsi bantuan maklumat (help information) yang boleh memberikan maklumat tentang penetapan atau pelarasan yang diperlukan apabila merakam senario foto tertentu.
4) Terdapat dua jenama yang masyhur iaitu NIKON dan CANON. Kedua-duanya mempunyai sokongan pelanggan yang besar. Berdasarkan maklumat dari https://en.wikipedia.org/wiki/Digital_single-lens_reflex_camera  dan http://www.kenrockwell.com/tech/nikon-vs-canon.htm , jenama CANON didapati semakin meningkat populariti berbanding NIKON.
5) Anda juga boleh membaca panduan pengguna atas talian (online consumer guide) seperti http://www.ebay.com/gds/Everything-You-Need-to-Know-About-DSLR-Cameras-/10000000177628253/g.html 
.

Maksud Kamera DSLR


.
Maksud Kamera DSLR
1) DSLR adalah singkatan kepada Digital Single Lens Reflex. Setiap Kamera DSLR akan membolehkan pengguna memerhati objek foto yang mahu dirakam melalui lubang yang sama dengan sensor perakam objek foto tersebut.
2) Satu alat yang dipanggil reflektor berperanan mengalihkan laluan cahaya sama ada menuju ke arah mata pengguna atau ke arah sensor perakam. Gambar di bawah menunjukkan reflektor (ditandakan no. 2)
3) Dalam gambar di atas, reflektor berada di dalam kedudukan yang memantulkan cahaya ke atas dan akhirnya keluar melalui laluan yang dipanggil viewfinder (ditandakan no.5). Kedudukan ini memberi peluang kepada pengguna untuk memerhati objek foto dan membuat persediaan untuk merakam objek foto.
4) Dalam gambar di bawah, reflektor berada di dalam kedudukan yang membenarkan cahaya bergerak terus ke arah sensor kamera. Kedudukan ini mengakibatkan sensor terdedah kepada cahaya dan merakam objek foto.
5) Kaedah mekanikal di atas merupakan perbezaan utama di antara Kamera DSLR dengan Kamera jenis “point and shoot” atau Kamera jenis “mirrorless camera”.
6) Di samping itu Kamera DSLR juga dilengkapi dengan ciri-ciri kawalan tambahan terutamanya kawalan Aperture, Shutter dan ISO. Ketiga-tiga kawalan ini saling berkaitan dan gabungan ini dipanggil Exposure Triangle.
7) Ciri-ciri Kamera DSLR akan memberikan kelebihan berikut kepada pengguna:
7.1) Pengguna mendapat gambaran yang tepat tentang objek foto yang mahu dirakam kerana melihat melalui lubang lensa yang akan digunakan oleh sensor kamera.
7.2) Pengguna boleh menukar lensa kamera yang sesuai dengan keperluan mengambil objek foto dalam jarak dan skala pembesaran yang dikehendaki.
7.3) Sensor kamera DSLR mempunyai keupayaan yang lebih tinggi berbanding kamera biasa.
7.4) Kamera DSLR berupaya merakam gambar dalam pelbagai keadaan cahaya atau kepantasan objek foto.
8) Tidak semua orang memerlukan Kamera DSLR. Kamera DSLR biasanya menjadi pilihan jurufoto profesional atau hobi kerana mereka mementingkan foto bermutu tinggi untuk tujuan komersil, rujukan atau koleksi.




.
LATIHAN:

1) Apakah jenis kamera DSLR anda?

2) Apakah kelebihan dan kelemahannya?

3) Adakah anda telah gunakan semua fungsi yang ada?

.

Cara Untuk Gagal Bisnes: Anggap Diri Tahu Semua

Kerjaya Maradona merudum selepas menjadi Jurulatih dan Pengurus


Cara Untuk Gagal Bisnes: Anggap Diri Tahu Semua


Maradona adalah seorang bintang bolasepak tersohor dunia. Namun, apabila beliau beralih kerjaya sebagai Jurulatih dan kemudiannya Pengurus, kegemilangannya merudum.

WhatCulture.com membuat komentar seperti berikut:

"Some of the very greatest and most intelligent of footballers have failed at managerial level - lots of them were seen as ideal for the position but it never worked out. Obviously there are a million differences from being a player to a manager and it is a transition most struggle with, especially the younger ones who rush straight from playing into management without honing their talent coaching in a variety of places."

"Sebahagian pemain bolasepak yang hebat dan pintar gagal pada peringkat pengurusan - kebanyakan mereka pada awalnya dilihat cocok dengan tugas itu (pengurusan) tetapi hal itu tidak berlaku. Ternyata terdapat berjuta perbezaan di antara peranan sebagai pemain dan pengurus dan peralihan inilah yang mencabar bagi mereka terutamanya golongan muda yang bergegas dari kerjaya pemain terus ke kerjaya pengurusan tanpa memupuk bakat mereka di pelbagai peringkat terlebih dahulu"

Cara Untuk Gagal Bisnes: "Menganggap diri pakar dalam segala hal"
.
Rujukan:

http://whatculture.com/sport/10-great-footballers-who-made-terrible-managers

http://bleacherreport.com/articles/1763404-maradona-gazza-and-other-footballers-who-failed-as-managers/page/6

http://realsport101.com/5-players-who-failed-as-managers/

.

Sebab kenapa mengapa bisnes perniagaan usahawan bisnis gagal